Tuesday, December 18, 2012

Selamat Menyambut Hari Lahir, Angah

1. Hari ini genap umur Angah 11 tahun. Anak lelaki sulong Abah.

2. Umur 11 tahun kalau tak solat dah kena sebat. Berkhatan pun sudah ketika umur 10 tahun.


3. Seingat Abah masa kelahiran Angah, abah black out sekejap almaklumlah Abah kan mabuk darah. Bila keluar dari bilik bersalin Abah terduduk sekejap di tepi longkang. Abah Azan ditelinga kanan dan iqamah ditelinga kiri Angah. Abah mahu itu perkara pertama yang Angah dengar bila keluar ke dunia, iaitu nama Allah SWT yang maha mencipta, memiliki, penyayang dan pengasih.

4. Tahun 2013 merupakan tahun cabaran buat Angah iaitu peperiksaan UPSR. Cuba yang terbaik, Abah iringi dengan doa dan bantuan sekiranya termampu.

5. Harapan Abah agar Angah menjadi anak yang soleh, tidak tinggal solat dan bersolat dengan hati yang ikhlas, kerana itu tujuan penciptaan manusia supaya menyembah Allah SWT yang esa.

6. Kalau cemerlang sekalipun dalam pelajaran, ia menjadi tidak bermakna sekiranya kita gagal menjadi hamba Allah yang beriman dan soleh. Belajar juga satu ibadah jika kita lakukan kerana Allah. Kerana itulah jika kita beriman dan soleh secara automatik kita akan semangat belajar kerana ia adalah ibadah dan perbuatan untuk menunjukkan bahawa kita beriman kepada Allah SWT.

7. Sebagai anak lelaki sulong tanggungjawabnya besar, sentiasa lindungi keluarga, Mama, kakak, adik dan tisya. Keluarga adalah segala-galanya untuk kita.

8. Sempena hari Lahir Angah hari ini, Abah ucapkan Selamat menyambut hari Lahir semoga pengalaman hidup Selama 11 tahun memberi ilmu yang berguna kepada anak Abah dan semoga mendapat ilmu yang berguna di hari mendatang. May Allah bless you. Tidak ada kata-kata yang lebih layak diucapkan kepada Allah SWT selain betapa bersyukurnya Abah kerana menganugerahkan Angah.

Allahualam.

No comments:

Post a Comment