Friday, December 21, 2012

Inflasi

1. Untuk menang pilihanraya dan mendapat kuasa Ahli politik seringkali berjanji untuk memerangi inflasi. Negara akan menghadapi PRU13 sedikit masa lagi, walaubagaimanapun tiada pemimpin yang setakat ini menjuarai isu inflasi samada dari parti pemerintah atau pihak lawan.


2. Keadaan ini amat membimbangkan, masing-masing menyalahkan parti lawan, memfitnah dan mengata, subjek ini yang menghiasi media saban hari. Kita tidak nampak jalan penyelesaian kepada masalah harga barangan yang semakin meningkat. .


3. Hakikatnya subjek inflasi sangat sukar di mengerti, kenaikan harga barangan semakin menjadi-jadi muktahir ini. Benarkah inflasi sangat sukar dikawal? Setiap kali harga minyak naik, harga barangan turut naik. Setiap kali gaji kakitangan kerajaan naik, harga barangan turut ikut naik.

4. Apakah penyumbang terbesar inflasi? Kenaikan harga minyak dan kenaikan gaji kakitangan awam mungkin sedikit sebanyak menjadi penyumbang inflasi tetapi kesannya amat sedikit.

5. Penyumbang terbesar kepada kenaikan inflasi sebenarnya adalah polisi Kewangan Negara. Inflasi adalah kesan dari Riba yang kita amalkan dalam ekonomi hasil penguatkuasaan polisi kewangan Negara tersebut.

6. Riba yang dimaksud kan ini bukan sahaja kadar bunga yang dikenakan oleh Bank konvensional apabila kita membuat pinjaman yang biasa kita kenali. Tetapi Riba yang dimaksud kan dan lebih besar fitnahnya adalah Wang yang berkitar di dalam sistem ekonomi Negara iaitu Wang fizikal dan Wang Kredit.

7. Perkara berkaitan dengan penawaran wang di pasaran seperti termaktub di dalam polisi kewangan Negara adalah di bawah kawalan dan pengawasan Bank Negara Malaysia. Perdana Menteri hanya meluluskannya selepas mendapat nasihat dari kertas kerja atau cadangan Bank Negara.

8. Bank Negara sebenarnya tidak di kuasai oleh pemerintah sepenuhnya kerana operasinya juga tertakluk juga kepada akta-akta dan peraturan-peraturan polisi kewangan yang termaktub di dalam perjanjian Basel Accords (Basel I, Basel II dan terkini Basel III).

9. Di bawah perjanjian Basel ini sistem kewangan Piawaian Emas (Gold Standard) di mansuhkan pada 1970an dan diganti dengan sistem kewangan fiat yang di guna pakai pada masa ini.

10. Dibawah sistem kewangan fiat, wang kertas (fizikal) tidak lagi di sandarkan kepada emas, kerana wang kertas itu sendiri telah mengambil tempat sebagai komoditi dan boleh di dagang kan. Bencana yang lebih besar lagi yang di bawa di bawah sistem fiat ini adalah sistem rizab pecahan (fractional reserve system), di mana Bank-bank tempatan di seluruh dunia boleh mengeluarkan wang kredit sendiri dan di kuat kuasakan oleh undang-undang.

11. Ini bermakna Bank-bank di lindungi oleh undang-undang walaupun merompak secara terang-terangan. Kenapa ini di katakan merompak? Pertamanya iaitu menggunakan wang deposit pelanggan tanpa izin untuk memberi pinjam. Hanya sebahgaian kecil di kekal dalam simpanan bank. Keduanya, dari peratusan kecil rizab yang kekal di dalam Bank inilah, wang kredit di lahir dan dikembang biakkan. Ketiganya, kehadiran wang kredit di dalam pasaran ekonomi ini jugalah yang menyebabkan nilai wang kertas fizikal di dalam dompet kita terhakis sedikit demi sedikit. Apabila nilai wang kertas terhakis, kuasa membeli kita berkurang. Fonomena ini dikenali sebagai INFLASI.

12. Kenapa Wang Kredit di perkenal dan di guna pakai? Ini adalah kerana sifat manusia yang tamak!. Kita mahu melihat ekonomi berkembang dengan pesat, kita mahu pembangunan segera, kita mahu infrastruktur canggih. Kecanggihan dan kemajuan ini yang membezakan taraf satu Negara dengan Negara yang lain. Kita mahu mencapai status Negara maju, bukan geleran status Negara membangun atau miskin. Namun siapakah yang memperkenalkan status sosioekonomi ini? bukan kita tetapi Amerika dan Negara-negara Eropah. Negara-negara ini yang menguasai Pertubuhan-pertubuhan dunia seperti Bangsa-Bangsa Bersatu, Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa. Siapa pula yang menguasai Negara-Negara Maju ini, tidak lain dan tidak bukan segelintir bangsa Yahudi yang menjadi pengikut Dajjal. Golongan pengikut Dajjal ini semakin bertambah dari sehari ke sehari. Lebih malang kita tunduk mengikut membuta tuli melalui penjajahan halus ini. Penjajahan dari Riba yang mengancam kedaulatan dan kekuatan umat Muhammad SAW.

13. Untuk menjadi Negara Maju, dengan jumlah wang kertas fizikal yang terhad di dalam sistem ekonomi, tidak mungkin pemerintah dapat menyediakan dana yang besar dalam waktu yang singkat untuk tujuan pembangunan tersebut. Jadi Wang kredit adalah solusinya. Semua Negara di dunia bersetuju dan mengikut solusi yang dikatakan genius ini, termasuk Negara-Negara Islam sendiri yang sememangnya lemah sejak sebelum keruntuhan Khilafah Uthmaniah lagi.

14. Maka akibat lambakan wang kredit yang tidak terkawal (walaupun Bank Negara mengatakan ianya terkawal) melebihi wang kertas fizikal di pasaran. Nyatalah bahawa bagi tujuan penjelasan hutang dari pinjaman wang kredit tadi, kita perlu mendapatkan wang kertas fizikal yang terhad di dalam pasaran melalui pekerjaan dsbgnya. Manusia terpaksa bersaing dan berusaha keras kerja siang dan malang untuk memeperolehi wang kertas fizikal bagi membayar hutang tersebut. Di sinilah bermulanya jurang perbezaan dalam masyarakat, ada golongon kaya, pertengahan, miskin dan melarat. Ada golongan kapitalis atau pemodal (kaya), golongan pekerja (pertengahan dan miskin). Senario ini adalah zero sum game, tidak ada situasi Menang-Menang, ia adalah situasi Menang dan Kalah Sahaja. Seseorang mesti menjadi korban kekejaman sistem kewangan ini.

15. Kesan nya ke atas Manusia adalah bencana kemusnahan seperti janji Allah dan Rasulnya. Ada bapa menjual anak dan isteri untuk Wang ada yang menggadai jiwa dan maruah untuk Wang. Ada yang membunuh, merompak, menipu semuanya untuk Wang dan untuk mendapat status sosial dalam masyarakat. Ada yang menukar Agama kerana tekanan hidup. Masyarakat menjadi kacau bilau, bunuh, rompak dan rogol merata-rata menjadi fonomena biasa dalam Masyarakat.

16. Penyelesaian kepada masalah tersebut adalah mengenali punca masalah dan memusnahkannya, bukan penyelesaian terhadap kesannya. Selagi benihnya masih ada, akibat atau kesannya akan tetap berlaku. Puncanya adalah polisi kewangan Negara. Kita harus keluar dari konkongan perjanjian syaitan Basel Accords ini. Wang kertas fizikal yang beredar dalam sistem ekonomi harus disandarkan kepada emas seratus peratus. Fungsi Wang kertas sebagai medium pertukaran perlu di kembalikan semula.

17. Mansuhkan Sistem Rizab Pecahan (Fractional Reserve System), simpanan pendeposit perlu seratus peratus di kekalkan dalam Bank. Sistem penciptaan kredit oleh Bank perlu di mansuhkan. Kadar Bunga yang dikenakan oleh Bank juga perlu di mansuhkan. Dana untuk pembangunan perlu di sediakan oleh pemerintah bukan Bank. Punca Inflasi adalah Polisi Kewangan Negara mengguna pakai Sistem Kewangan Antarabangsa. Kita mahu Polisi Kewangan mengikut acuan, kehendak dan aspirasi rakyat Islam Malaysia.

18. Malaysia perlu memulakan langkah pemansuhan ini bagi menunjukkan contoh kepada Negara-negara lain. Membuktikan kepada mereka sistem dan polisi kewangan kita lebih baik. Sekiranya ini berlaku perjuangan di peringkat Antarabangsa akan menjadi lebih mudah sedikit kerana kita sudah mempunyai bukti bahawa ia boleh di lakukan. Perjuangan di peringkat Antarabangsa telah pun mula berlaku kerana semakin ramai rakyat bangkit akibat kezaliman dari kesan bencana sistem kewangan dunia ini.

19. Tragedi sistem kewangan ini kepada Manusia jauh lebih buruk untuk di bandingkan kepada kebaikan kemajuan dan kecanggihan yang di bawa dalam masa yang singkat kepada Negara. Nilai-nilai kemanusian hancur akibat sistem ini dan kesan INFLASI.

Allahualam.

No comments:

Post a Comment