Friday, April 19, 2013

PRU13

1. UMNO parti orang kaya. BN parti komponen orang kaya.


2. Slogan hidup melayu...tetapi yang HIDUP kaya keluarga, kroni dan mereka yang berkepentingan sahaja.. rakyat biasa HIDUP juga tetapi seadanya.


3. Bagaimana pemimpin ini nak rasa susah macam rakyat biasa, kerana mereka hidup dalam istana, mereka tidak rasa apa yang rakyat rasa.


4. kebanyakan menteri kabinet mempunyai harta seperti rumah di luar negara. sekiranya berlaku sesuatu di malaysia ada juga tempat mereka nak lari..tetapi kita rakyat biasa bagaimana ye?

Wednesday, April 10, 2013

Ralat: Bukan Perbankan Islam

1. Artikel saya pada 7 March 2013 bertajuk “Bila lagi ulama nak haramkan perbankan islam”, mungkin ada khilaf atas kelemahan diri saya sendiri.


2. Bukan maksud saya perbankan islam itu haram. Perbankan islam adalah terbaik yang dikehendaki oleh umat islam mengikut landas shariah sebenar. Namun begitu praktis perbankan islam masa kini masih belum lagi sampai ke tahap seratus peratus mengikut shariah islam yang sebenar.

Tuesday, April 2, 2013

Keperluan Penubuhan Bank Islam Pusat Negara Malaysia (Bai al-mal)

1.Situasi terkini masalah kelemahan dan ketidakstabilan sistem kewangan antarabangsa (kapitalis) yang berasaskan fiat memerlukan usaha pelbagai pihak untuk melakukan revolusi pembaharuan sistem kewangan dengan kadar segera.


2.Malaysia tiada pilihan lain selain menunggu kuasa besar memikir dan mencipta sistem kewangan baru untuk di guna pakai. Malaysia sama seperti Negara lain hanyalah pemain di dalam sebuah sistem yang di kawal oleh kuasa besar dunia.