Tuesday, April 2, 2013

Keperluan Penubuhan Bank Islam Pusat Negara Malaysia (Bai al-mal)

1.Situasi terkini masalah kelemahan dan ketidakstabilan sistem kewangan antarabangsa (kapitalis) yang berasaskan fiat memerlukan usaha pelbagai pihak untuk melakukan revolusi pembaharuan sistem kewangan dengan kadar segera.


2.Malaysia tiada pilihan lain selain menunggu kuasa besar memikir dan mencipta sistem kewangan baru untuk di guna pakai. Malaysia sama seperti Negara lain hanyalah pemain di dalam sebuah sistem yang di kawal oleh kuasa besar dunia.


3.Namun begitu, uniknya Malaysia adalah sebuah Negara Islam. Sejarah telah membuktikan sistem kewangan Islam telah diguna pakai secara meluas di seluruh dunia. Negara Eropah ketika itu masih dalam keadaan kegelapan, turut menggunakan sistem kewangan Islam yang menggunakan emas dan perak sebagai matawang.


4.Sebagai sebuah Negara Islam, Malaysia harus menggunakan sebaik mungkin kelebihan ini. Bank Negara Malaysia mungkin akan menentang sekeras-kerasnya cadangan menubuhkan Bank Islam Negara Malaysia, kerana mereka akan kehilangan kuasa.


5.Walaupun begitu penubuhan BINM adalah tertakluk di bawah kuasa kerajaan yang memerintah bukan BNM.


6.Penubuhan BINM bukan untuk mengambil sebahagian kuasa BNM. Sebaliknya BINM menyediakan alternatif sistem kewangan dalam pasaran kewangan Negara. BNM boleh terus mengawal selia sistem kewangan fiat sediaada.


7.Malaysia akan mempunyai dua sistem kewangan yang berbeza dan tidak di campur adukkan antara satu sama lain. Prestasi keduanya boleh dinilai oleh kerajaan dan masyarakat. Sistem yang stabil dan kukuh di akhirnya akan menjadi juara.


8.BINM akan mengawal selia sistem pasaran dinar emas dan dirham perak. Ar Rahn, koperasi islam akan berada di bawah kuasa BINM. Ar Rahn akan memperluaskan operasi dengan menawarkan akaun emas (gold account) kepada pelabur. Kad debit, Kad tunai dan kad cas (charge card). akan dikeluarkan atas pilihan kepada pemegang akaun emas tersebut. Misalnya, bagi membeli barangan keperluan harian atau bulanan di Pasaraya Giant, pasaraya tersebut juga perlu membuka akaun emas di Ar Rahn. Pelanggan akaun emas Ar Rahn akan boleh menggunakan kad debit untuk berbelanja di Pasaraya Giant.


9.Bagi Keperluan pembelian rumah dan kereta, koperasi-koperasi islam akan menawarkan pinjaman MMP (Musharakah Mutanakisah Partnership). Koperasi akan menjadi pemilik aset kereta atau rumah bersama dengan pembeli mengikut sher masing-masing. Pembeli akan membayar secara bulanan kepada koperasi bagi menebus sher koperasi sehingga aset tersebut menjadi 100% milik penuh pembeli.


10.Selain itu Insuran Islamik juga boleh diletakkan secara berperingkat di bawah kawal selia BINM.


11.Diperingkat antarabangsa pula, dinar emas boleh digunakan sebagai penjelasan imbangan dagangan dengan negara Islam yang lain, sekiranya negara-negara Islam bersetuju menggunakan alternatif sistem matawang dinar emas yang sama.


12.Mimpi ini boleh menjadi kenyataan. Ia harus dilakukan segera sebelum sistem kewangan dunia runtuh sepenuhnya dan memberi implikasi besar kepada Negara dan rakyat khususnya.


Allahualam

No comments:

Post a Comment