Wednesday, March 27, 2013

Musharakah Mutanakisah Partnership (MMP): Nafas Baru Umat Islam

1. MMP dikatakan produk islamik perbankan yang menepati shariah. Pendapat ini dipersetujui oleh semua sarjana/cendikiawan islam.


2. Syukur, MMP sudah boleh menggantikan al-Bay Bithaman Ajil (BBA) yang sebenarnya adalah produk konvesional yang di islamkan. Ia juga menjadi punca kenapa bank konvensional tertarik menjadi bank islamik kerana BBA lebih menguntungkan daripada produk konvensional sedia ada..


3. Kini umat islam di Malaysia sudah ada alternatif yang lebih baik, tidak membebankan dan lebih adil.


4. MMP berasaskan konsep perkongsian semakin berkurangan (diminishing partnership concept) antara bank dan peminjam. Ada 2 asas bahagian kontrak iaitu perkongsian dan sewaan. Asas pertama iaitu perkongsian pemilikan aset yang dibiayai, di mana deposit pembeli 10% adalah menjadi bahagian saham peminjam sebagai 10% kongsi pemilikan aset (contoh: rumah) dan 90% saham bank adalah 90% nilai kongsi pemilikan aset (rumah) tersebut. Manakala asas bahagian kedua adalah bayaran bulanan pelanggan bertindak sebagai bayaran sewaan bulanan untuk menebus saham kongsi milik bank ke atas aset sehinggalah aset tersebut menjadi 100% milik peminjam.


5. Kaedah MMP ini banyak digunakan diserata dunia misalnya LARIBA (US), Islamic cooperative housing corporation (Canada), Ansar Cooperative Housing (Canada), Ansar Housing Limited (UK).Ia terbukti membantu umat islam.


6. Perbandingan di antara BBA dan MMP dalam kajian yang dijalankan oleh Ahamed Kameel Mydin Meera & Dzuljastri Abdul Razak(2005) mendapati perbezaan yang sangat ketara bagi pinjaman kedua produk untuk kes-kes penjelasan awal selepas 10 tahun pinjaman berjalan iaitu: a) Baki pinjaman bagi BBA sentiasa lebih tinggi berbanding pinjaman produk konvensional. Ini disebabkan baki pinjaman produk konvesional adalah bernilai masa sekarang(present value) bagi baki 120 bulan bayaran, manakala BBA adalah hanya nilai bayaran bulanan di darab 120. b) Baki pinjaman selepas 10 tahun dibawah MMP tidak akan melebihi nilai aset, manakala BBA sentiasa melebihi nilai aset. Ini disebabkan kaedah jadual nilai baki semakin berkurangan (diminishing balance) dibawah MMP.


7) Walabagaimanapun MMP dikatakan sangat tidak menguntungkan pihak Bank, namun ia sangat mesra pengguna. Ada cadangan supaya MMP dipraktik di bawah institusi koperasi perumahan, dimana dana yang diberi untuk faedah ahli mereka. Namun begitu setakat ini setahu saya Bank RHB Islamik ada menawarkan pinjaman mengikut kaedah MMP ini. Pembelian rumah kedua saya telah gunakan pinjaman MMP dari RHB Islamik ini dan ianya jauh berbeza dan ketara dengan pinjaman BBA yang saya buat semasa membeli rumah pertama dahulu dari Bank Islam.


8) Produk MMP telah memberi nafas baru kepada umat islam, dan telah mengembalikan keyakinan umat islam semula yang semakin menjauhi perbankan islam akibat kesan BBA tersebut. Sebenarnya hanya Malaysia, Indonesia dan Brunei yang membenarkan BBA ini, manakala negara lain terutama timur tengah dengan tegas mengharamkan BBA.


9) Walau begitu, kita memohon golongan ulama serta cendikiawan islam supaya segera siasat dari mana punca dana akan diperolehi samada pihak Bank atau Koperasi kelak untuk digunakan bagi tujuan dana MMP ini. Sumber dana hari ini, majoritinya terhasil dari sistem rizab pecahan (fractional reserve system) yang di amalkan dibawah sistem fiat. Wang atau dana ini terhasil dari atas angin. Ia nya jelas HARAM tidak menepati shariah. Seharusnya para ulama dan cendiakiawan/ilmuan islam telah lama mengharamkan sistem rizab pecahan ini. Perbankan islam juga beroperasi dibawah sistem fiat ini.


10. Perbankan Islam beroperasi di dalam wang fiat dan sistem perbankan rizab pecahan, Perbankan Islam sama seperti rakan mereka Perbankan Konvensional juga mencipta wang kredit ini dari atas angin. Oleh itu perbankan islam turut bertanggungjawab atas pelbagai masalah sosio-ekonomi yang tercetus dari sistem monetari fiat ini, dari sepatutnya menjadi penyelesai kepada masalah kewangan dunia hari ini.


allahualam


Rujukan:


1. Ahamed Kameel Mydin Meera & Dzuljastri Abdul Razak (2005), "Islamic Home Financing through Musharakah Mutanaqisah and al-Bay' Bithaman Ajil Contracts: A Comparative Analysis". Review of Islamic Economics, 9 (2).

No comments:

Post a Comment