2. Walaupun ia dosa besar, tetapi masyarakat bersikap acuh tak acuh.
3. Banyak kajian dalam kewangan islam bersetuju bahawa mekanisma pengeluaran, penghasilan wang kertas, syiling dan wang kredit bank dalam sistem fiat semuanya mengandungi unsur riba.
4. Riba ini bukan seperti yang kita faham seperti faedah bunga dalam pinjaman, tetapi ia sangat mengelirukan dan rumit.
5. Apabila wang kertas, syiling dan wang kredit bank tidak bebas riba, maknanya perbankan islam juga beroperasi dalam riba.
6. Wang kertas dan syiling tidak terkait riba sekiranya mekanisma penghasilannya tidak mengikut amalan sistem fiat. Seignioraj adalah riba dalam penghasilan wang kertas dan syiling pada hari ini memandangkan wang kertas dan syiling tidak didukung oleh atau boleh ditebus dengan emas, maka ia dipanggil wang fiat.
7. Seignioraj adalah faedah yang diperoleh dari penggunaan pertama wang fiat tersebut, iaitu penguasaan kuasa beli yang bebas tanpa kawalan dari wang baru yang tidak disokong oleh emas atau apa saja yang mempunyai nilai intrinsik yang dibawanya.
8. Seignoraj adalah ralat yang diwaris turun temurun dalam wang kertas dan syiling, wang kredit yang dicipta melalui rizab pecahan perbankan Fractional Reserve Banking (FRB) dan caj bunga.
9. Wang kredit bank pula adalah jenis wang yang paling banyak berkitar di dalam sistem ekonomi. Wang kredit dihasilkan amat mudah iaitu dari entri perakaunan. Wang kredit adalah riba terbesar yang melanda masyarakat hari ini.
10. Wang kredit yang jana dibawah sistem FRB ini, perbankan islam akan gunakan untuk membeli aset yang kemudian dijual kepada pelanggan.
11. Ia umpama tangki air, ia ditapis dibersih dengan klorin sebelum dibekalkan kepada orang ramai. Perbankan islam juga membuat produk-produk islamik untuk ditawarkan kepada pelanggan. Walaubagaimanapun di mana punca atau sumber air tersebut di dapati tidak dipedulikan.
12. Perbankan islam juga dikawal selia oleh BNM. Manakala BNM pula tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang digaris dibawah perjanjian Basel. FRB terhasil dibawah perjanjian Basel. Perjanjian Basel diperkenal dan diluluskan oleh Penguasa Dunia.
13. BNM tidak akan dapat lari dari kawalan Penguasa Dunia.
14. Untuk menjadikan sistem kewangan islam yang betul-betul menepati maqasid al-shariah adalah keluar dari kawalan BNM. Untuk membersihkan sumber, sistem kewangan islam perlu berdiri sendiri langsung dibawah kawalselia Kerajaan yang dilantik oleh rakyat.
15. Perbankan konvensional boleh terus berada dibawah kawalan BNM.
16. Persoalannya kenapa para Ulama kita di Malaysia terus membisu?.
17. Azab Allah amat cepat. Ketakutan saya berasas bukan?
Allahualam
No comments:
Post a Comment