Sunday, March 24, 2013

Kadar Inflasi 2013!! Benarkah?

1. Saya tertarik dengan kenyataan timbalan menteri kewangan di dalam akhbar hari ini berkenaan dengan kadar inflasi tahun ini dijangka berada di bawah paras 2%.


2. Ia berikutan kenyataan Bank Negara pada minggu lepas bahawa kadar inflasi tahun 2013 dijangka pada tahap 1.6%.


3. Kenyataan ini Nampak melegakan, tetapi bagaimana dengan kenyataan di luar sana. Harga barangan terutama item makanan semakin menaik, harga rumah juga semakin meningkat, barangan keperluan harian juga menaik..


4. Harga ini dijangkakan naik lagi pertengahan atau penghujung tahun 2013 kerana gaji kakitangan kerajaan naik lagi berikutan pengumuman PM baru-baru ini..


5. Ingin saya membuat pencerahan disini bahawa kadar inflasi 1.6% tersebut sebenarnya dibandingkan dengan tahun lepas sahaja. Bagaimana agaknya jumlah kadar sebenar inflasi sejak 10 atau 20 tahun kebelakang..


6. Berikut adalah kadar tahunan inflasi Malaysia sejak 1960.


Tahun Inflasi CPI (%) 1960 24.28 1961 24.24 1962 24.26 1963 25.02 1964 24.92 1965 24.89 1966 25.13 1967 26.28 1968 26.24 1969 26.13 1970 26.61 1971 27.04 1972 27.92 1973 30.87 1974 36.21 1975 37.84 1976 38.84 1977 40.69 1978 42.67 1979 44.23 1980 6.724 47.18 1981 9.7 51.76 1982 5.834 54.77 1983 3.704 56.80 1984 3.904 59.02 1985 2.587 59.22 1986 0.35 59.66 1987 0.737 59.83 1988 0.29 61.36 1989 2.557 63.09 1990 3.043 64.74 1991 4.328 67.56 1992 4.778 70.78 1993 3.547 73.28 1994 3.687 76.01 1995 3.468 78.64 1996 3.479 81.38 1997 2.655 83.55 1998 5.293 87.95 1999 2.731 90.36 2000 1.551 91.75 2001 1.427 93.05 2002 1.793 94.73 2003 1.074 95.67 2004 1.42 97.12 2005 2.937 100.00 2006 3.621 103.61 2007 2.027 105.71 2008 5.4 111.46 2009 0.6 112.11 2010 1.7 114.03 2011 3.2 103.21 .


7. Sebenarnya sejak 1960 sehingga 2011, kadar inflasi Malaysia telah naik sebanyak 325.09% (CPI2011-CPI1960/CPI1960 x 100). Patutlah harga barang makin naik. Tahap produktiviti pula tidak meningkat setinggi itu, menyebabkan ketidakseimbangan..


8. Jadi apalah yang melegakan sangat. Strategi pembodohan rakyat berterusan oleh kerajaan BN. Dah macam firaun dah ni..


Allahualam

No comments:

Post a Comment