2. Pada pagi 9 zulhijah tahun 10 Hijrah, Nabi junjungan menyampaikan khutbah widaa terakhir. Pada hari yang sama selepas waktu asar turunlah ayat berikut.
Al-Maidah 5:3 Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
3. Selepas ayat ini turun ia kelihatan seolah-olah ia wahyu terakhir.
4. Walau bagaimanapun ia tidak begitu, 81 hari selepas turunnya ayat di atas Nabi junjungan pergi meninggalkan kita, walaubagaimanapun sejurus sebelum beliau meninggalkan kita turun ayat berikut:
Al baqarah 2:278 Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.
Al baqarah 2:279 Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
Al baqarah 2:280 Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).
Al baqarah 2:281 Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.
5. Keempat ayat di atas berkait dengan riba.
6. Saidina umar alkhattab mengesahkan ayat terakhir adalah berkaitan riba "ayat terakhir turun adalah berkaitan riba, malangnya pesuruh Allah (SAW) pergi meninggalkan kita sebelum sempat menerangkan secara terperinci kepada kita; bukan hanya berkenaan riba tetapi juga "reebah" (apa saja yang menimbulkan sangsi dalam fikiran berkaitan kebenarannya).
7. Persoalannya kenapa Allah SWT yang maha perkasa, selepas mengesahkan lengkapnya agama Islam dan tamatnya penurunan wahyu, memilih untuk menghantar satu lagi ayat sejurus sebelum pemergian pesuruh Allah SAW yang amat dikasihinya?
8. Kenapa Allah memilih masa yang kelihatan seperti tersangat suntuk dan terdesak, sehingga saidina umar mengesahkan Nabi SAW pergi sebelum sempat memberi penerangan terperinci berkenaan ayat terakhir tersebut. Sangat suntuk jika dilihat jarak masa di antara ayat terakhir di turunkan dengan saat permergian rasulullah SAW.
9. Kenapa Allah memilih, menurunkan semula ayat berkaitan subjek riba, sedangkan ayat berkaitan pengharaman riba telah di jelaskan terdahulu dalam al Quran? Tentunya ia mempunyai alasan yang kukuh dan sangat penting. Hanya Allah yang lebih mengetahui!
10. Jelas kepada kita bahawa ayat terakhir, datang selepas pengumuman bahawa lengkap sudah agama Islam dan tamatnya penurunan wahyu, adalah bertujuan untuk memberi peringatan tentang sesuatu panduan yang amat penting kepada umat Islam. Dengan kata lain, ia boleh di jelaskan bertujuan supaya umat Islam memberi fokus utama terhadap panduan wahyu tersebut, yang mana kepercayaan (faith) umat Islam berada pada tahap paling lemah terhadap serangan musuh islam pada masa hadapan.
11. Pemilihan subjek riba sebagai wahyu terakhir, dan fakta bahawa Allah memilih untuk kembali kepada subjek riba selepas mengumumkan lengkapnya agama Islam, Dan fakta bahawa Allah menurunkan wahyu terakhir sejurus sebelum permergian rasulullah SAW, kesemuanya menunjukkan maha penting Nya peringatan bahawa riba akan mendatangkan ancaman paling besar kepada kepercayaan (faith), kebebasan dan kuasa penganutnya. Oleh itu ia adalah subjek paling penting, yang tersembunyi potensi ancaman paling berbahaya, iaitu kemusnahan dan kehancuran pegangan Islam serta integriti dan kuasa umat Muhammad SAW.
12. Nabi Muhammad mengesahkan akan bahaya besar riba. Sabdanya, "akan datang satu masa, apabila tiada seorang pun di dunia yang tidak akan menggunakan riba. Jika Ada sesiapa mendakwa ia tidak mengamalkan riba maka pasti debu riba akan sampai kepadanya".
13. Riba juga termasuk di dalam 7 dosa besar (7 deadly sin).
14. Hari ini wang yang berada di dalam dompet kita juga berasaskan riba. Tidak Ada seorang pun di Malaysia yang tidak menggunakan wang yang mempunyai wajah yang di Pertuan Agung, para ulama tiada terkecuali.
15. Wang kredit adalah riba terbesar masuk ke dalam sistem kewangan melalui sistem Rizab Pecahan ( fractional reserve system). Wang kredit di hasilkan oleh Bank dari atas angin iaitu dari persamaan perakaunan. Semua orang membeli rumah dan kereta. Malah ada yang membuat pinjaman untuk berniaga, berkahwin dan sebagainya. Para ulama juga tidak terkecuali.
16. Maka siapakah yang berani mengatakan bahawa mereka tidak mengambil atau mengamalkan riba? Jika ada sesiapa yang berani mempertikai kesahihan hadis tersebut. Cuba nilai diri anda. Tepuk dada tanya selera.
Allahualam.
No comments:
Post a Comment