2. Kehidupan dalam zaman serba maju dan pantas, segalanya menjadi tak cukup, tambahan lagi bila ahli keluarga bertambah. Gaji 5k pun belum tentu cukup, maka isteri pun bekerja untuk membantu si suami.
3. Selain membantu suami, isteri juga ada keperluan peribadi. Hal-hal kecantikan diri dan fizikal tubuh badan juga penting bagi mereka untuk suami, namun selalunya di abaikan kerana kesian akan suami yang tidak cukup wang untuk menyara seluruh keluarga apatah lagi untuk diri mereka sendiri.
4. Bagi suami segala pendapatan yang diperolehi adalah nafkah keluarga termasuk makan, pakaian dan tempat berteduh untuk isteri dan anak-anak. Ia adalah tuntutan agama dan hukumnya wajib.
5. Bagi isteri pula pendapatan yang di perolehi adalah sedekah kepada suami dan keluarga. Ia bukan tuntutan agama dan ia tidak jatuh hukum wajib. Ia bukan juga sumbangan, ia adalah sedekah di sisi agama.
6. Akhir-akhir ini para suami kurang prihatin akan hukum agama ini. Adakala pendapatan bulanan isteri di rasa satu kemestian. Pendapatan si isteri diambil kira dalam jumlah keseluruhan pendapatan keluarga (income), ia pula diguna sepenuhnya bagi perbelanjaan keluarga. Tiada peruntukan untuk hal-hal diri dan fizikal tubih badan si isteri diperuntukkan. Jika si isteri terguna wang pendapatannya untuk belanja peribadi, si suami akan marah-marah. Walaupun pendapatan isteri hakikatnya adalah hanya sedekah kepada suami.
7. Tetapi ada isteri yang lebih berjaya dari suami. Pendapatannya jauh melebihi suami bagai langit dan bumi. Si isteri mengambil alih posisi sebagai ‘bread winner’ keluarga tersebut. Walau begitu, pendapatan isteri tetap sedekah kepada suami. Si suami janganlah gusar atau rendah diri, walau pendapatannya hanya RM700 sebulan, ianya adalah nafkah dan tinggi nilainya di sisi Allah.
8. Ada juga cerita, si suami terpaksa duduk di rumah kerajaan atas ihsan isteri. Kerana isteri bekerja kerajaan manakala suami pula tidak. Isteri layak mendapat rumah kuarter kerajaan, maka si suami duduk di rumah kerajaan atas ihsan isteri.
9. Apabila selepas berbelas tahun suami telah mampu membeli rumah untuk keluarga dan ingin keluar dari rumah kerajaan. Si isteri janganlah ragu dan gusar, takut-takut suami main kayu tiga dan nasib tak menyebelahi si isteri.
10. Kepada isteri-isteri di luar sana, izinkan suami menunaikan tuntutan nafkahnya, kerana ia nya wajib dan di tuntut agama. Jika sesuatu berlaku, isteri sudah tentu boleh menuntut nafkah tersebut. Islam tidak zalim. Tetapi kalau duduk di rumah yang dibeli isteri, ia bukan nafkah tetapi sedekah.
Allahualam
No comments:
Post a Comment