Sunday, December 16, 2012

Antara Cinta Dan Nafsu

1. Cinta itu tidak salah, yang salah adalah nafsu. Manusia sukar untuk menundukkan nafsunya, gangguan syaitan menjadikan ia lebih sukar di kawal.

2. Pembuangan bayi sering dikaitkan dengan gejala keruntuhan akhlak. Statistik pembuangan bayi meningkat dari semasa ke semasa hingga ke tahap membimbangkan.


3. Akhlak merupakan perisai orang mukmin, individu yang berakhlak tidak semestinya beriman, tetapi individu beriman sudah semestinya mempunyai akhlak yang terpuji. Orang bukan Islam kadangkala mempunyai akhlak yang lebih terpuji daripada orang Islam sendiri, walaupun mereka tidak beriman.

4. Iman tidak diwarisi, tetapi ia dibina menerusi ketakwaan dan akidah yang jitu. Pengisian iman menerusi perbuatan membukti ketakwaan seseorang. Bagaimana membina ketakwaan dalam diri?

5. Solat salah satu cara membina ketakwaan diri, hubungan antara manusia dengan tuhan. Solat merupakan pengisian spiritual dan fizikal dalam diri individu. Apabila individu tersebut menghargai hubungannya dengan tuhan, maka dia Akan sentiasa beringat bahawa setiap perbuatannya dilihat dan dinilai oleh Allah.

6. Hubungannya sesama manusia turut di jaga, kerana Allah amat memurkai mereka yang memutuskan persahabatan. Jesteru itu akhlak amat berfungsi bagi menjaga perhubungan sesama manusia.

7. Kerana itulah bagi mengawal nafsu, kekuatan iman melalui solat amat Mujarab. Jangan lah kita menjadi sebahagian dari golongan yang meruntuhkan tiang agama. Solat adalah tiang agama. Nafsu akan dapat ditundukkan sekiranya kita bersolat.

8. Bercinta sebelum berkahwin, apabila bertemu berdua orang yang ketiga adalah syaitan yang sentiasa menghasut. Apabila iman lemah maka Kerja syaitan dipermudahkan Allah. Bercinta selepas berkahwin yang terbaik.

allahualam

No comments:

Post a Comment