2. Lebih 10 tahun kami di putrajaya, bermula tahun 2000 ketika isteri mengandung anak pertama. Kuarter kami di presint9.
3. 4 tahun disana, 2004 kami pindah lagi di presint 11 apabila kuarter untuk kumpulan A siap. 9 tahun kami di presint 11 kini sampai ke penghujungnya.
4. Apa yang kami dapat selama di putrajaya? Kenangan dan pengalaman hidup yang tak akan kami sekeluarga lupakan. Terima kasih putrajaya.
5. Keluarga kami bermula dari hanya kami berdua suami dan isteri, hingga mendapat anak pertama hingga sekarang dah empat orang anak, semuanya dengan izin Allah berlaku di putrajaya. Saya dan isteri belajar erti berkeluarga sebagai suami, isteri, bapa dan ibu kepada anak-anak.
6. Suka duka kami sekeluarga banyak berlaku selama tempoh tersebut. Semua nya pengalaman yang amat berharga yang tidak ternilai bagi kami.
7. Anak kedua, ketiga dan keempat semuanya lahir di hospital putrajaya. Anak pertama kami lahir di sg ramal kajang tempat kami menyewa dulu ketika baru berkahwin sebelum berpindah ke presint 9 putrajaya. Pengalaman pertama kakak, Angah, adik dan Tisya bersekolah tadika juga berlaku di putrajaya. Kakak dapat UPSR 5A juga di putrajaya. Peristiwa-peristiwa besar keluarga kami semuanya berlaku di putrajaya.
8. Walaupun begitu putrajaya juga turut mencatatkan kegagalan saya sebagai ketua keluarga. Amanah untuk menyediakan tempat tinggal gagal saya laksanakan dalam tempoh ini. Menumpang kuarter atas nama isteri yang merupakan kakitangan kerajaan, manakala saya berkerja swasta. Permulaan yang menyakitkan kerana saya tidak mampu menyediakan apa yang sepatutnya dituntut agama.
9. Kecewa, sedih ..hanya Allah yang lebih tahu..Saya tawakal dan berserah semoga suatu hari sinar tersebut tiba. Dari sehari menjadi seminggu menjadi sebulan menjadi setahun hingga 13 tahun, tempat berteduh kami atas ihsan kerajaan. Saya buntu.
10. Percubaan pertama membeli tanah lot banglo pada 2007 atas nama isteri untuk membina rumah idaman turut gagal kerana ditipu pemaju yang gagal menyiapkan infrastruktur.
11. Kebuntuan tersebut akhirnya terlerai pada 2011, kami berjaya juga membeli sebuah rumah, kali ini atas nama saya sendiri. Mungkin takdir Allah atas nawaitu sendiri kerana saya sentiasa percaya tanggungjawab menyediakan rumah terletak atas bahu suami, akhirnya rumah tersebut berjaya saya beli untuk keluarga kami.
12. Begitu pun rumah tersebut tidak terus kami duduki, hajat hati nak buat ubah suai mengikut citarasa kami. Namun sekali lagi kena tipu kali ini oleh kontraktor yang kami lantik. Harga asal ubah suai 98ribu meningkat menjadi lebih 100ribu. Kontraktor tersebut akhirnya kami pecat, diganti dengan kontraktor lain. Alhamdulillah akhirnya rumah impian kami berjaya disiapkan sepenuhnya pada September 2012.
13. Kini kami menunggu hari untuk berpindah sepenuhnya di Sepang.
14. Semoga Allah memberkati dan mempermudahkan hidup kami yang mendatang di rumah baru tersebut...amin ya rabbal alamin.
Allahualam.
Salam saudara,
ReplyDeleteSaya berhajat untuk membeli 1 unit tanah lot. Tanah status pertanian dan pemaju akan tukar status ke perumahan. Gerannye berkongsi dengan pembeli lain. semua total 11 lot. sy ingin meminta pendapat tuan kerana pengalaman tuan yg lepas. Minta tlg email sy kat aiesya08@gmail.com. Tq