Wednesday, December 19, 2012

Pertikaian Jurusalem Dan Kesannya KeAtas Manusia

1. Masjidil aqsa menjadi pertikaian 3 penganut kitab sejak dahulu lagi. Pertikaian ini tidak pernah padam.

2. Kepentingan masjidil aqsa kepada umat Islam, sama pentingnya kepada penganut kristian dan sama juga pentingnya kepada penganut agama Yahudi.


3. Bagi Yahudi kegemilangan kerajaan Nabi sulaiman ada disitu, mereka mahu mengembalikan kegemilangan tersebut.

4. Bagi penganut kristian, maryam melahirkan Nabi isa disitu. Ia adalah tempat suci agama kristian

5. Bagi Islam ia merupakan kiblat pertama dan juga tempat permulaan Nabi Muhammad SAW israk ke langit. Pemerintahan imam mahdi dan Nabi isa keatas dunia juga dari situ.

6. Ketiga-tiga agama percaya penguasaan ke atas baitul maqdis bermakna penguasaan seluruh dunia. Jika anda mahu tahu siapa yang menguasai dunia pada hari ini, lihatlah siapa yang menguasai baitulmaqdis atau Jerusalem.

7. Agama Yahudi percaya kegemilangan bangsa dan agama mereka akan tertegak semula di baitulmaqdis. Kerana itu mereka telah merangka pelan menguasai masjid aqsa sejak beratus-ratus tahun dahulu. Orang-orang Yahudi percaya the true messiah akan muncul disitu. Tetapi orang Islam percaya ia adalah dajal atau the Fake messiah.

8. Mendapatkan baitul maqdis merupakan perjuangan akidah bagi orang-orang Yahudi. Bukan sekadar penebusan harga diri mereka tetapi merapatkan hubungan dengan tuhan mereka. Mereka merasakan bangsa terpilih dan kerana kebanyakan Nabi dari bangsa yahudi. Cuma mereka terlupa bertanya kenapa kebanyakan Nabi datang dari bangsa mereka? Ini kerana mereka kaum bermasalah, maka Allah turunkan penunjuk jalan. Tetapi mereka engkar, malah membunuh Nabi-Nabi. Maka Allah menghalau mereka dari tanah suci Jerusalem.

9. Mereka sudah dinafikan hak ke atas Jerusalem beribu tahun dulu. Namun kitab taurat sudah diubah mengikut kesukaan mereka.

10. Baitulmaqdis kini dibawah penguasaan Yahudi. Mereka memerintah dunia. Ia terbukti benar seperti yang disampaikan kepada kita oleh Nabi Muhammad SAW. Kita hanya masih menunggu kemunculan Dajjal.

11. Cuma menurut rasulullah SAW, pengakhirannya adalah Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa AS. Nabi Isa AS akan memberikan pengesahan kebenaran agama Islam dan islamlah yang akan menguasai Jerusalem. Selepas itu terjadi lah kiamat.

Allahualam.

No comments:

Post a Comment