Teori Kuantiti Wang
1. Teori Bodin
Teori kuantiti wang menggambarkan pandangan ahli-ahli ekonomi klasik mengenai perubahan tingkat harga umum. Teori ini menumpukan perhatian kepada hubungan diantara tingkat harga dengan jumlah wang. Teori terawal berkenaan hubungan di antara jumlah wang dengan perubahan tingkat harga dikemukakan oleh Bodin.
Dalam teorinya, Bodin mengatakan bahawa penawaran wang dengan tingkat harga mempunyai hubungan yang berkadar. Dengan kata lain sebarang perubahan jumlah wang akan mengakibatkan perubahan tingkat harga dengan kadar yang sama. Maka jika jumlah wang bertambah dua kali ganda, tingkat harga akan naik dua kali ganda. Teori kuantiti Bodin dapat ditulis dalam bentuk formula seperti berikut,
|
M merupakan jumlah wang, P ialah tingkat harga umum dan K adalah pemalar.
Persamaan diatas menunjukkan bahawa terdapat hubungan tetap di antara jumlah wang dengan tingkat harga. Apabila jumlah wang bertambah dua kali ganda menjadi 2M maka tingkat harga umum juga akan naik dua kali ganda menjadi 2P. Maka persamaan baru adalah berikut;
2M = K (2P) |
Sekiranya teori Bodin adalah betul maka kita dapat mengawal tingkat harga dengan mengawal jumlah bekalan wang.
2. Persamaan Pertukaran Fisher
Profesor Irving Fisher telah memperkenalkan teori Persamaan Pertukaran Fisher untuk memperbaiki kelemahan teori Bodin.
Menurut Fisher, teori Bodin gagal menimbangkan dua factor yang penting iaitu halaju pusingan wang dan jumlah keseluruhan urusniaga.
Halaju pusingan wang dirujukkan sebagai halaju purata pusingan wang dan jangka masa yang diambik kira adalah satu tahun. Wang adalah tidak tetap dan sentiasa beredar dari seorang ke seorang sebanyak 100 kali dalam setahun, maka halaju pusingan wang dikatakan 100 setahun.
Andaian kuantiti wang dalam ekonomi adalah tetap tetapi halaju pusingan wang bertambah sebanyak dua kali ganda, ini member kesan ke atas tingkat harga umum bagi menambahkan penawaran wang sebanyak dua kali ganda. Walaupun penawaran wang tidak bertambah (kuantiti wang dalam ekonomi adalah sama) tingkat harga juga akan naik dua kali ganda sekira perkara-perkara lain tidak berubah.
Kelemahan kedua teori Bodin ialah mengandaikan jumlah urusniaga adalah tetap. Anggapan ini hanya sah bila terdapat guna tenaga penuh. Akan tetapi dalam ekonomi yang sebenar, guna tenaga penuh jarang berlaku dan jumlah urusniaga akan turun naik mengikut turun naik dalam kegiatan ekonomi.
Kelemahan-kelemahan teori Bodin telah menggalakkan Fisher mengemukakan teori baru seperti ditunjukkan dalam persamaan berikut:
MV = PT di mana; M ialah jumlah bekalan wang |
Persamaan diatas menunjukkan bahawa jumlah bekalan wang (M) yang dipegang oleh masyarakat didarab dengan jumlah setiap ringgit bertukar tangan dalam setahun (V) adalah sama dengan jumlah perbelanjaan pengguna. Sedangkan tingkat harga umum (P) didarab dengan jumlah urusniaga (T) adalah sama dengan jumlah hasil keluaran. Persamaan ini jelas menunjukkan bahawa jumlah perbelanjaan pengguna (MV) adalah sama dengan jumlah hasil keluaran (PT)
Mengikut ahli-ahli ekonomi klasik, halaju pusingan wang amat bergantung kepada institusi bank dan system pembayaran. Dalam jangka pendek, jika halaju pusingan wang adalah stabil maka nilai V adalah tetap. Disamping itu, ahli-ahli ekonomi klasik mengandaikan bahawa jika ekonomi selalu berada dalam guna tenaga penuh, maka pengeluaran tidak dapat dalam jangka pendek. Ini bermakna nilai T juga akan tetap. Oleh kerana V dan T adalah tetap, maka kenaikan dalam jumlah bekalan wang (M) akan menyebabkan kenaikan dalam tingkat harga umum (P) dengan kadar yang sama. Sebaliknya penurunan dalam jumlah bekalan wang akan menyebabkan penurunan dalam tingkat harga umum dengan kadar yang sama.
3. Persamaan Cambridge
Persamaan Cambridge dikemukakan oleh penuntut dan pensyarah universiti Cambridge. Kaedah ini tidak mementingkan halaju pusingan wang tetapi memnetingkan mengapa orang memegang wang. Persamaan ini menjelaskan bahawa kuantiti wang yang ingin dipegang oleh masyarakat bergantung kepada tingkat urusniaga yang berhubung langsung dengan keluaran akhir atau pendapatan benar.
Persamaan Cambridge adalah seperti berikut;
M = KPT di mana M ialah jumlah bekalan wang |
Angkubah-angkubah M, P, T dalam persamaan Cambridge adalah sama dengan M, P, T dalam persamaan Fisher. Dalam persamaan Cambridge K adalah bahagian dari jumlah pendapatan yang ingin dipegang oleh masyarakat dalam bentuk tunai. Angkubah K dalam persamaan Cambridge adalah berhubungan dengan angkubah V dalam persamaan pertukaran. Pada nyatanya;
dalam persamaan pertukaran Y/M = V sedangkan dalam persamaan Cambridge Y/M = 1/K maka boleh dikatakan bahawa V = 1/K |
Ini bermakna bahawa angkubah K dalam persamaan Cambridge adalah sama dengan 1/V.
Dalam persamaan Cambridge, Marshall mengandaikan bahawa ekonomi berada dalam guna tenaga penuh dan angkubah K dianggap malar dalam jangka pendek. Maka bila bekalan wang bertambah tingkat harga umum akan naik dengan kadar yang sama dengan nilai T yang diberi dan sebaliknya akan berlaku.
No comments:
Post a Comment