Sunday, October 31, 2010

Definisi Wang

Wang boleh didefinisikan sebagai benda-benda yang diterima oleh masyarakat sebagai alat pertukaran diantara barang-barang dan perkidmatan-perkhidmatan.

Ini bermakna, apa benda pun boleh diterima oleh masyarakat sebagai wang

Catatan sejarah menunjukkan bahawa pelbagai benda telah di gunakan oleh manusia sebagai wang. Ini termasuklah lembu, biri-biri, tembakau dan kulit siput.

Di Semenanjung Malaysia, bijih timah, perak dan emas juga pernah di gunakan sebagai wang.

Sebelum wang diperkenalkan, manusia menukarkan barang-barang dan perkhidmatan-perkhidmatan secara lansung untuk memperolehi barang-barang dan perkhidmatan lain. Misalnya, penanam padi yang memerlukan ikan terpaksa menukar padinya dengan nelayan.

Pertukaran secara lansung barang-barang dan perkhidmatan-perkhidmatan yang serupa ini dikenali sebagai sistem barter (sistem tukar barang). Sistem ini hanya dapat diamalkan dalam masyarakat primitif di mana kegiatan pengeluaran hanya bertujuan untuk saradiri sahaja dan pertukaran yang mungkin di lakukan adalah amat sedikit.

Akan tetapi sistem barter menghadapi banyak masalah dalam ekonomi moden yang banyak melakukan pengkhususan.

Oleh kerana dalam ekonomi moden, kehendak dan keperluan manusia dalah pelbagai maka tidak mungkin bagi kita menjalankan pertukaran lansung barang-barang dan perkhidmatan-perkhidmatan dengan menggunakan sistem barter.


 

KELEMAHAN SISTEM BARTER

Pertukaran secara lansung barang-barang dan perkhidmatan-perkhidmatan menimbulkan beberapa kesulitan:

  1. Memerlukan kehendak bergu (kehendak serentak)

    Sistem barter hanya dapat diamalkan bila kedua-dua pihak mempunyai kehendak yang sama untuk melakukan pertukaran di antara satu sama lain pada masa yang sama. Akan tetapi amat susah bagi kita bertemu dengan orang yang mengkehendaki barangan yang kita tawarkan dan begitu juga sebaliknya


     

  2. Kesukaran dalam pembahagian barang kepada unit yang lebih kecil

    Sistem barter hanya berlaku bila barang yang ingin ditukar boleh dibahagi-bahagikan kepada unit yang kecil dengan mudah. Akan tetapi terdapat banyak jenis barang yang tidak dapat dibahagikan kepada unit yang kecil untuk menukarkan barang-barang lain.


     

  3. Tidak mempunyai sistem penilaian am

    Jika ada orang bersetuju untuk menukar barang-barang mereka, masalah yang wujud ialah bagaimanakah pertukaran tersebut boleh berlaku. Katakan Ali boleh menukar lembunya dengan ikan maka apakah kadar pertukaran yang harus dilakukan? Berapa kilogram daging lembu diambil untuk mendapatkan dua ekor ikan? Ini menyebabkan banyak masa dan tenagaa di ambil dalam proses tawar menawar dan kadar pertukaran juga berbeza bagi pertukaran yang berlainan


     

  4. Tidak memberi simpanan nilai yang baik

    Terdapat barang yang tidak boleh disimpan lama misalnya beras, ikan, ayam, itik dan sebagainya. Ini bermakna menyimpan semua harta dalam bentuk barang-barang ini akan menghadapi risiko. Ini adalah kerana nilai harta sedemikian lama-kelamaan akan hilang.

No comments:

Post a Comment