Bagi mengatasi masalah perniagaan barter, manusia telah menggunakan wang sebagai alat untuk melicinkan kegiatan tukar menukar. Sejak zaman dahulu, berbagai jenis barang telah digunakan sebagai wang. Barang-barang ini termasuklah mata kail, anak panah, kapak, kulit kerang, bulu binatang, binatang ternakan dan ketul-ketul logam seperti emas dan perak.
Berikut menunjukkan barang-barang yang pernah digunakan sebagai wang dan tempat ia digunakan:
Bahan Wang Tempat
Anak Panah - Amerika Utara
Bulu binatang - Amerika Utara, Eropah dan Benua Asia
Lembu - Afrika, India dan Eropah
Tengkorak Manusia - Sarawak
Gading Gajah - Afrika
Karang Laut - Pulau-pulau di Lautan Pasifik
Tembakau - Benua Amerika
Mutiara - Jepun dan lain-lain pulau di Lautan Pasifik
Ketul-ketul Garam - Benua Eropah, Amerika dan Asia, terutama kawasan yang jauh dari laut
Begitu juga keeping-keping logam yang diperbuat dari emas dan perak digunakan sebagai wang dengan meluas di seluruh dunia, selama beratus-ratus tahun. Ini adalah kerana beberapa sebab:
- Emas dan perak mudah dikenali oleh orang ramai
- Tahan lam, tidak berkarat dan rosak
- Jumlahnya terbatas dan sukar didapati kerana terpaksa dikeluarkan dari bumi
- Ia di kehendaki dan diterima oleh orang ramai sebagai wang kerana dapat digunakan untuk membuat barang-barang kemas yang mahal-mahal
Walaubagaimanapun penggunaan emas dan perak sebagai wang menghadapi beberapa kesulitan. Emas dan perak sukar dibawa ke sana sini sebab ia berat. Jadi untuk melakukan pembayaran yang besar adalah agak sukar. Selain itu kedua-dua logam ini sangat rumit digunakan untuk bayaran-bayaran yang kecil nilainya. Untuk mengatasi masalah ini, pada zaman moden, manusia telah menggunakan wang kertas dan duit syiling.
No comments:
Post a Comment