Sunday, October 31, 2010

Pengelasan dan Jenis-Jenis Wang

Secara umum wang boleh dikelaskan kepada 5 golongan yang utama.

  1. Wang Sah

    Adalah bermakna penduduk sesebuah Negara mengakui sah menerima wang Negara itu sebagai wang dalam negara. Di Malaysia, ringgit dan duit syiling adalah wang sah. Ringgit Malaysia adalah wang sah yang tidak terhad. Ini bermakna penduduk Malaysia boleh menggunakan ringgit sebagai perantaraan pertukaran dengan jumlah yang tidak terhad. Sedang duit syiling adalah wang sah yang terhad. Ini bermakna ia hanya boleh digunakan sebagai perantaraan pertukaran dengan jumlah yang terhad. Di Malaysia, wang syiling lima puluh sen adalah wang sah sehingga $10, sementara duit syiling satu sen, lima sen, sepuluh sen dan dua puluh sen hanya sah setakat $2.

  2. Wang Fiat
    Wang fiat adalah wang yang beredar dalam ekonomi dan diakui sebagai sah diterima oleh Kerajaan. Di Malaysia ringgit dan duit syiling adalah wang fiat.


  3. Wang Biasa (Asing)

    Wang biasa adalah wang negara lain yang diterima oleh penduduk sesuatu negara melalui kebiasaan tanpa melanggar undang-undang mana-mana negara. Contohnya wang kertas Singapura bukan wang sah di Malaysia tetapi ia masih diterima oleh penduduk Malaysia. Ini bermakna wang kertas Singapura adalah wang biasa di Malaysia.


  4. Wang bernilai penuh

    Duit syiling yang mengandungi nilai logam atau nilai intrinsik yang sama dengan nilai mukanya dipanggil sebagai wang bernilai penuh. Contohnya duit syiling 20 sen, sebenarnya nilai logam kandungannya adalah kurang dari 20 sen. Di Malaysia duit-duit syiling yang digunakan adalah wang tanda dan bukan wang bernilai penuh.


  5. Wang tanda (tampang)

    Wang tanda adalah duit syiling yang nilai mukanya melebihi nilai logamnya. Contohnya duit syiling 20sen, sebenarnya nilai logam kandungannya adalah kurang dari 20 sen. Di Malaysia duit-duit syiling yang digunakan adalah wang tanda dan bukan bernilai penuh.

Jenis-jenis Wang

Dalam ekonomi moden, jenis-jenis wang yang digunakan dalam sesebuah Negara seperti Malaysia adalah terdiri daripada dua bahagian yang utama iaitu:

  1. Duit syiling dan wang kertas

    Duit syiling and wang kertas dikeluarkan oleh pihak berkuasa kewangan. Di Malaysia pihak berkuasa kewangan adalah Bank Negara Malaysia. Di Malaysia mata wang tunai (syiling dan kertas) merupakan media pertukaran yang kurang penting berbanding cek. Ini bermakna mata wang tunai yang digunakan untuk urusniaga hanya melibatkan sebahagian kecil daripada jumlah wang yang di watwar dalam ekonomi.


  2. Deposit semasa bank (cek)

    Sebahagian besar dari penawaran wang dalam ekonomi adalah terdiri dari deposit semasa di bank-bank perdagangan. Deposit bank yang dianggap sebagai wang adalah deposit semasa. Melaluinya pembayaran boleh dibuat dari seorang ke seorang yang lain melalui cek. Selain itu deposit bank juga boleh ditukar ke dalam bentuk tunai atau harta tetap pada bila-bila masa. Akan tetapi ia tidak sama seperti wang tunai kerana deposit semasa bukanlah wang sah.


No comments:

Post a Comment