Thursday, November 29, 2012

Wang, Hiburan dan Wanita - Fitnah Dajal Terbesar

1. Fitnah terbesar dajal atas umat manusia hari ini diantaranya melalui sistem kewangan, hiburan dan wanita

2. Sistem kewangan masa kini dicipta khas untuk membolehkan dajal menguasai dunia. Kapitalis atau golongan pemodal menguasai sistem tersebut. Kapitalis ini terdiri dari agen-agen dajal yang berada dan bergerak di seluruh pelosok dunia dan ia amat sukar dikenali.


3. Melalui sistem kapitalis inilah Dajal berjaya membuatkan tiada seorang manusia pun yang hidup pada zaman ini dapat lari dari riba. Riba zaman ini amat sukar dikenali, ia bukan straight forward seperti ciri-ciri dan mekanisma riba yang terdapat pada zaman Rasulullah. Hakikatnya, riba adalah topik sukar yang tidak dapat diterangkan secara terperinci oleh Rasulullah sebelum baginda pergi meninggalkan kita.

4. Melalui sistem kewangan ini juga, wang kertas yang kita guna pakai hari ini dihasilkan berasas riba. Wang kertas bukan lagi berfungsi sebagai medium pertukaran, kerana wang kertas sudah tiada nilai intrisik atau nilai disebaliknya. Sudah tiada lagi logam bernilai yang boleh ditukar dengan nilai wang tersebut. Wang kertas telah menggantikan logam bernilai dan wang kertas diperdagangkan sama seperti logam bernilai walaupun ia tidak layak. Fungsi tersebut lenyap dengan lenyapnya sistem Bretton Woods pada 1971.

5. Selain wang kertas (fizikal), wang kredit adalah riba terbesar, ia dicipta dari atas angin dan masuk kedalam sistem kewangan dan berfungsi sama seperti wang fizikal. Wang kredit kini melebihi jumlah wang fizikal di dalam sistem ekonomi, ia seperti piramid terbalik, kini menunggu masa untuk terbalik dan runtuh. Analoginya, apabila wang fizikal kurang dari wang kredit, setiap individu perlu merebut untuk mendapatkan wang fizikal yang sedikit itu, siapa yang kuat akan menang manakala yang lemah akan kalah. Individu meminjam wang kredit untuk membeli rumah, tetapi bekerja untuk mendapat wang fizikal. Masalah wang fizikal dalam kitaran terlalu jauh sedikit berbanding wang kredit. Wang fizikal tidak dapat menjelaskan tuntutan wang kredit dari hutang akibat ketidakseimbangan jumlah diantara wang fizikal dan kredit.

6. Hasilnya tiada siapa dapat lari dari riba, jika tidak pun tempias zarah-zarah riba terkena juga.

7. Seterusnya hiburan yang merupakan kesukaan manusia. Tiada manusia yang tidak suka hiburan. Hiburan dapat dikawal apabila seluruh arus media dikuasai oleh mereka. Hiburan yang menyeronokkan seringkali bersiaran pada waktu-waktu solat, supaya muslim terlalai dan terleka untuk menunaikan tuntutan kewajiban. Awas..sukan juga satu bentuk hiburan masa kini.

8. Hiburan diguna khusus oleh dajal untuk meruntuhkan Islam, ini kerana solat adalah tiang agama Islam. Kerana itu umat Islam hari ini amat daif dan jauh tersasar dari Islam sebenar. Umat Islam sering dipermain dan diperkotak-katikkan dengan mudah. Ditipu di depan mata, di depan batang hidungnya sendiri juga masih tidak nampak. Muslim sudah jauh dari Allah, agama islam memang sudah terlalu lama runtuh dalam diri individu muslim. Hanya mereka yang tidak pernah meninggalkan solat dapat menjadi tentera al mahdi.

9. Wanita pula diguna khas oleh dajal sebagai umpan seks. Hakikatnya wanita mempunyai pengaruh yang amat kuat ke atas lelaki. Seperti cas magnet positif dan negatif. Kelemahan NAFSU manusia dipergunakan untuk menguasai jiwa. Pakaian seksi dan menjolok mata sesuai untuk santapan nafsu manusia disajikan oleh media setiap hari setiap saat. Ia kekal dalam minda dan menghakis iman. Ia menyebabkan ketagihan sama seperti penangan dadah dan rokok.

10. Tiga perkara ini merupakan di antara fitnah dajal yang terbesar masa kini, mungkin juga perancangan Allah yang membuat umat Islam akhir zaman ini miskin. Kerana kemiskinan, televisyen dan radio mereka tak mampu miliki. Kedua alat ini adalah alat penyebar fitnah dajal yang amat berkesan, ia mempengaruhi anak-anak muslim didalam rumah di depan mata kepala ibu bapa mereka.

11. Kerana kemiskinan juga, umat Islam sudah biasa berlapar dan dahaga. Inilah latihan untuk mereka ketika fitnah dajal makin hebat kelak.

Allahualam

No comments:

Post a Comment