Wednesday, November 28, 2012

Palestine - apa yang lebih utama

1. Menderma untuk membantu rakyat Palestin adalah tuntutan agama Islam, iaitu membantu saudara seagama dalam kesusahan. Tetapi adakah itu sahaja tuntutannya.

2. Perumpamaan seorang yang miskin, kita berikan bantuan wang zakat atau kita berikan pekerjaan. Atau seorang buta kita pimpin atau berikan ia tongkat.


3.bantuan wang zakat bersifat sementara, manakala memberi pekerjaan mampu memberi kelangsungan hidup berterusan kepada fakir tersebut.

4. Begitu juga membantu orang buta dengan memimpinnya melintas jalan juga bersifat sementara, tetapi sekiranya memberinya tongkat ia akan dapat belajar berdikari dan dapat meneruskan kelangsungan hidupnya tanpa bantuan orang lain.

5. Palestin begitu juga, memberi derma wang hanya bersifat sementara. Tetapi ia harus diteruskan, jangan kita silap kerana mereka amat memerlukannya untuk generasi sekarang terus hidup bagi melahirkan generasi pejuang seterusnya.

6. Apakah yang perlu bagi rakyat Palestin meneruskan kelangsungan hidupnya secara berkekalan. Pembebasan Palestin bukan soal perjuangan rakyat palestin sahaja, ia perjuangan akidah yang dituntut dari setiap individu beragama islam. Janji Allah itu benar, percayalah ... palestin tidak akan berjaya selagi seluruh umat islam tidak bersatu berjuang menuntut kembali jurusalem.

7. Ya.. Jurusalem adalah jawapannya, muslim perlu kembalikan jurusalem ketangan Islam, untuk membantu rakyat Palestin meneruskan kelangsungan hidup tanpa diganggu gugat oleh kekejaman zionist lagi.

8. Ya.. Jurusalem adalah jawapan kepada nasib rakyat Palestin.

9. Umat Islam harus membantu palestin dari segi kewangan dan jangan lupa sebahagian kewangan tersebut harus digunakan untuk membangunkan tentera al mahdi di seluruh dunia.

10. Tentera al mahdi akan berperang menggunakan kuda, unta, panah, tombak dan pedang, kerana senjata moden tidak dapat digunakan lagi kelak.

11. Tabligh, sekolah pondok... peruntuk kan sedikit pendapatan bulanan saudara untuk mereka. Mereka ini dalam keadaan serba daif, dan lebih penting ia berada jauh dari jangkauan pengaruh dajal. Mereka- mereka ini masih suci, kuat imannya dan kental akidahnya. Mereka adalah tentera al mahdi.

12. Mereka dalam diam sedang memantapkan akidah dan iman mereka.

13. Mereka lah golongan islam yang apabila gendang perang di bunyi kan, tanpa sedikitpun rasa gentar mereka menyahut panggilan syahid. Merekalah tentera Allah.

Allahualam

No comments:

Post a Comment