Thursday, November 22, 2012

Baitulmaqdis Kunci Pembebasan Palestin

19 November 2012 sekali lagi bumi palestin bermandi darah. Operasi Pillar of Defense merupakan helah terbaru zionist Israel untuk menghalalkan pembunuhan nyawa rakyat Palestin. Umat Islam sudah putus akal tentang isu palestin ini, kerana ia sudah berlarutan lebih 60 tahun, namun tiada lansung penyelesaian yang muktamad. Ia adalah tragedi kemanusian, tidak kira kanak-kanak, wanita mahupun orang tua semuanya menjadi mangsa brutaliti bangsa zionist Israel.


Kunci pembebasan palestin bukan perjuangan isu kemanusian. Palestin adalah bangsa, berlainan dengan bangsa Melayu. Negara Palestin bukan negara Malaysia. Ini menyebabkan Melayu Islam kurang ambil peduli, kerana selagi bangsa Melayu terbela di negara sendiri dan selagi negara Malaysia aman dan selamat, melayu islam tidak perlu bertindak.

Kini bangsa Yahudi menguasai Baitulmaqdis, maknanya bangsa ini memerintah dunia. Nasib palestin akan terbela secara automatis apabila Baitulmaqdis di tangan umat Islam semula.

Mindset perjuangan harus berubah. Isu palestin bukan isu kemanusian, isu palestin adalah isu agama dan akidah iaitu pembebasan baitulmaqdis. Strategi Yahudi mengalih pandangan dan isu pokok adalah kepakaran mereka.

Umat Islam perlu menguasai media sepertimana bangsa Yahudi. Format laporan berita di media harus diubah mulai sekarang bukan lagi memperkatakan tentang isu kemanusian palestin tetapi isu Baitulmaqdis. Khutubah jumaat serta ceramah-ceramah harus fokus kepada isu pokok bukan isu sampingan. Isu kemanusian palestin adalah kesan dan akibat, tetapi isu baitulmaqdis adalah pokok dan puncanya. Isu pokok ini yang harus diulang-ulang tayang dalam minda umat Islam setiap saat, minit, jam, hari, bulan dan tahun.

Ia harus melekat sebagaimana melekatnya iklan McDonald, Coca Cola dan Pepsi dalam minda manusia.

Kesan dalam minda yang akhirnya menzahirkan tindakan. Umat Islam harus mula bertindak mulai sekarang. Hanya apabila baitulmaqdis ditangan Islam, nasib bangsa dan negara palestin akan terbela. Ini sahaja jalannya.

Allahualam.

No comments:

Post a Comment