Tuesday, November 27, 2012

Road to jurusalem - the framework

1. Alquran dan hadis banyak menceritakan kisah akhir zaman

2. Selepas kedatagan islam dikatakan baitulmaqdis akan jatuh ketangan musuh Islam tiga (3) kali, yang mana selepas kali ketiga Islam akan menguasainya semula, kemudian selepas itu terjadilah kiamat.


3. Kali pertama oleh orang-orang Rom menaklukinya selama 700 tahun, kemudian khalifah umar menebusnya

4. Kali kedua oleh orang-orang nasrani (kristian) dalam perang salib, mereka menguasainya selama lebih 90 tahun, kemudian pada 1881 baitulmaqdis ditebus oleh salahuddin alayubi

5.dan sekarang ini oleh orang-orang Yahudi, dan kemudian akan ditebus oleh imam mahdi

6. Pertama dan kedua sudah menjadi sejarah, dan kita ketahui yang ketiga masih belum berlaku.

7. Masyarakat hari ini dan yang ke depan adalah golongan yang akan menjadi penyumbang kepada peristiwa ketiga ini. Kita mungkin akan menyaksikannya atau mungkin juga tidak. Walau bagaimanapun, yang pasti kita boleh menjadi penyumbang kepada kemunculan al mahdi nanti.

8.imam mahdi tidak akan dapat mencapai kejayaan tanpa tentera-tenteranya iaitu orang biasa seperti kita. Tentera mahadi harus dibina bermula sekarang.

9. Pembinaan tentera mahdi bermula dari rumah, setiap keluarga atau unit rumah muslim harus memperkuatkan akidah dan nilai takwa anak-anak. Fitnah dajal tidak akan berkesan sekiranya dua teras ini cukup kuat dalam diri setiap muslim, sepertimana sahabat-sahabat Rasulullah yang disikat kulitnya, dibakar, dihempas batu namun akidahnya tetap utuh.

10. Perjuangan al mahdi bukan mudah kerana musuhnya dajal. Fitnah dajal sedang berlaku pada hari ini dan seterusnya hingga datangnya Nabi isa untuk menghancurkannya.

11. Al mahdi bukan tandingan dajal, hanya Nabi isa yang lebih hebat.

12. Inilah framework perjuangan untuk mendapat kembali masjidil aqsa. Ia bermula di rumah setiap muslim. Nasib Palestin hanya akan terbela selepas jurusalem kembali ketangan Islam. Kezaliman dan kekejaman Yahudi akan berterusan ke atas rakyat Palestin, kematian akan terus berlaku, perdamaian mahupun gencatan senjata hanya sebuah permainan bagi Israel. Orang Islam dipermainkan.

13. Fokus umat Islam akan terus dikelabui oleh permainan zionist ini.

Allahualam

No comments:

Post a Comment