Thursday, November 4, 2010

Perbankan Islam di Malaysia Masih Belum Sepenuhnya Islam

Keseluruhan ekonomi sesebuah Negara digerakkan dengan wang. Tanpa wang maka tiada transaksi ekonomi yang akan berlaku.

Wang yang beredar di dalam sistem ekonomi adalah terdiri daripada wang sah (fiat) dan wang kredit.

Kedua-dua jenis wang ini terhasil melalui sistem fiat dan sistem rezab sebahagian (fractional reserve system - FRS).

Semenjak 1971 (post bretton wood), wang sudah tidak lagi di sandarkan kepada emas dan perak. Wang jenis ini dikenali sebagai wang fiat, ianya sah dari segi undang-undang di bawah sistem yang dikenali sebagai sistem fiat.

Dibawah sistem fiat, wang tidak perlu lagi bersandarkan kepada apa-apa komoditi (biasanya emas dan perak). Ini kerana wang kertas US dolar itu sendiri mula menggantikan nilai emas dan perak, sebagai satu kaedah pembayaran dan penjelasan hutang yang mutlak. Walaupun pada realitinya wang kertas dolar tidak mempunyai apa-apa nilai.

Sejarahnya, dibawah pentadbiran Presiden Richard Nixon, Amerika Syarikat tidak lagi dapat memenuhi tuntutan /obligasi US dolar terhadap emas. Akibat desakan tersebut, beliau mengiystiharkan satu deklarasi bahawa wang dolar Amerika adalah komoditi yang mutlak untuk digunakan sebagai kaedah pembayaran dan penjelasan hutang. Keputusan beliau ketika itu sebenarnya adalah berdasarkan semata-mata idea seorang pakar ekonomi dari Chicago bernama Milton Friedman. 5 tahun kemudiannya dunia menganugerahkan Friedman anugerah Nobel. Anugerah tersebut sebenarnya merupakan pengiktirafan atas kebijaksanaannya membenarkan Bank pusat merompak masyarakat tanpa sedar. Melalui sistem tersebut masyarakat tidak akan menangis mahupun mengambil tindakan terhadap Bank, kerana masyarakat terkeliru sebenarnya mereka sedang dirompak (inflasi). Bermula dari peristiwa mengaib dan memalukan pada 1971 ini, dunia tidak hanya menerima sistem Friedman tersebut, malah menganggapnya sebagai satu penemuan saintifik yang bijak.

Sementara itu di bawah sistem rezab sebahagian (FRS), bank dibenarkan mencipta wang kredit dari deposit simpanan pelanggan yang diterima. Sistem rezab sebahagian muala dikuat-kuasakan melalui Basel Accord pada tahun 1988. Basel adalah persidangan meja bulat di kalangan Bank-bank Pusat seluruh dunia dalam membuat keputusan dan mengawasi perjalanan semua bank-bank.

Kedua-dua sistem ini adalah haram dari pandangan Islam. Para ilmuan islam sebulat suara bersepakat bahawa kedua-dua sistem ini jelas melibatkan riba atau usuri dalam urusannya, maka hukumnya haram.

Kedua-dua sistem melibatkan unsur ketidak-adilan, kesamaran, ketidak-samaan dan penipuan yang jelas dalam urusannya.

Di atas alasan tersebut juga Perbankan Islam yang dipraktikkan di Malaysia masih belum sepenuhnya mengikut maqasid al-shariah yang di tetapkan oleh hukum syarak. Ini kerana Perbankan Islam terlibat sama di dalam kedua-dua sistem tersebut dibawah kawal selia Bank Pusat.

Apa yang jelas walaupun perbankan islam mempunyai lembaga shariah mereka sendiri, pihak bank sentiasa cuba mengelirukan lembaga shariah dengan sengaja hanya meminta pandangan ahli lembaga shariah berkaitan dengan pakej produk-produk pinjaman sahaja. Kerana itu, kebanyakan produk-produk pinjaman tersebut dikatakan mengikut shariah islam. Walaubagaimanapun, punca dana yang disediakan bagi produk-produk tersebut tidak pula di utarakan kepada ahli majlis shariah untuk di nilai. Ini kerana Bank sudah sedia mengetahui sekiranya punca dana pinjaman tersebut didedahkan maka seluruh urusniaga perbankan islam akan diharamkan.

Ahli-ahli Bank yang bijak ini sentiasa mengatur strategi berterusan untuk mengelirukan ahli lembaga shariah. Dengan kata lain, ahli lembaga shariah hanya diberitahu apa yang patut mereka tahu sahaja, iaitu hanya separuh cerita sahaja dikeluarkan, manakala sebahagian cerita lagi diselindung daripada pengetahuan badan penilai shariah ini.

Walaupun begitu, pada dasarnya tidak mudah untuk menghapuskan sistem fiat dan sistem rezab sebahagian (FRS) ini kerana dibawah kawalan Kerajaan,dan dikawal selia sepenuhnya oleh Bank Pusat. Sebarang percubaan untuk menghapuskannya bermakna menentang arus perdana, yang mana Malaysia mungkin akan terasing dari negara-negara dunia yang lain yang tunduk pada telunjuk Federal Reserve, Amerika Syarikat.

Perbankan Islam harus di bebaskan sepenuhnya dibawah Bank Pusat, kerana jelas Bank Pusat tetap akan meng-aplikasi sistem rizab sebahagian ke atas Perbankan Islam. Ini jelas dengan kenyataan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti baru-baru ini semasa ucaptama dalam Islamic Financial & Stability Forum (IFSF). Berikut disiarkan ulasan akhbar New Straits Time disini.

http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/GIFF2f/Article/

Antara lain Gabenor Bank Negara mengesahkan bahawa forum IFSF akan terus mengekalkan kesamaan dengan Financial Stability Board (FSB) yang berasaskan ketetapan Basel. Di samping itu beliau juga turut mengakui bahawa Perbankan Islam tidak kebal dalam keadaan ekonomi yang tenat.

Jesteru itu jelaslah bahawa Perbankan Islam yang diguna pakai di Malaysia pada masa kini masih lagi tidak sesuai dipraktikkan selagi ia berada dalam kerangka perundangan yang ada sekarang.

Masyarakat sememangnya memerlukan Bank, begitu juga atas keperluan wang kertas. Kerana jika kita menggunakan wang syiling emas atau perak, ia akan menimbulkan masalah utama untuk membawanya bersama dalam jumlah yang banyak. Begitu juga dengan keperluan terhadap Bank, kerana tanpa Bank kita tidak dapat meminjam dalam jumlah yang besar untuk membeli keperluan seperti kereta dan rumah. Harga yang terlalu besar amatlah susah untuk di adakan melalui simpanan semata-mata dalam masa yang singkat.

Bagi wang fiat, Islam mahu wang kertas yang berada di dalam saku masyarakat mestilah seratus peratus bersandarkan dengan komoditi yang berharga misalnya emas dan perak. Namun begitu sekiranya ada komoditi lain yang berharga dan boleh diterima pakai oleh umum maka ia juga boleh digunakan sebagai sandaran kepada wang kertas.

Bagi sistem rezab sebahagian, Islam mahu Bank menghentikan penciptaan wang kredit. Ini bermakna Islam mahu Sistem rezab sepenuh dilaksanakan. Bank harus mengekalkan seratus peratus deposit pelanggan pada setiap masa. Bagi tujuan pinjaman ia perlulah menggunakan dana pemegang saham sendiri untuk memberi pinjam, ia boleh dilakukan dengan memanggil lebih banyak wang pelabur untuk menjadi pemegang saham minoriti atau menghasilkan bon-bon untuk memperolehi wang dana bagi pinjaman.

No comments:

Post a Comment