Tuesday, November 2, 2010

Penciptaan Kredit Oleh Bank Perdagangan

Fungsi utama bank perdagangan bukan sahaja untuk menerima deposit tetapi juga mencipta deposit.

Deposit atau simpanan semasa yang diciptakan oleh bank perdagangan dapat dibahagikan kepada 2 jenis yang utama iaitu deposit utama dan deposit deravatif.

Bank perdagangan akan menciptakan deposit utama apabila ia menerima wang dari pelanggannya dalam bentuk wang tunai atau cek.

Kemudian bank perdagangan akan menambah nilai deposit semasa dengan memberi pinjaman dari wang tersebut kepada pelanggan-pelanggan lain.

Sebaliknya bank perdagangan akan menciptakan deposit deravatif apabila bank memberi pinjaman kepada pelanggannya dengan membuka akaun deposit semasa di bank tersebut. Ini bermakna deposit deravatif diciptakan tanpa memasukkan wang tunai atau cek ke dalam bank tersebut.

Prinsip utama bagi bank perdagangan mencipta kredit adalah melalui beberapa andaian:

  1. penetapan peratusan rezab tunai tertentu oleh Bank Pusat
  2. semua lebihan rezab tunai akan dipinjamkan oleh bank perdagangan
  3. deposit yang diterima bank perdagangan ialah deposit semasa
  4. semua pembayaran dibuat dengan menggunakan cek
  5. harta bank hanya terdiri daripada wang tunai dan pinjaman.

Berdasarkan andaian-andaian ini dapatlah ditunjukkan bagaimana proses penciptaan kredit dilakukan oleh bank perdagangan dalam sesebuah ekonomi.

  1. Sistem satu bank

Andaikan Ali menyimpan sebanyak $1,000 dalam akaun semasa di bank A, maka kunci kira-kira bank A dapat ditunjukkan seperti berikut.

Kunci kira-kira Bank A (1)

Harta

Liabiliti

Wang Tunai

$1000

Deposit semasa (Ali)

$1000


Dengan junlah simpanan ini bank perdagangan A sekarang berupaya untuk memberi pinjaman. Oleh sebab rezab tunai yang ditetapkan ialah 10% maka bank A terpaksa memegang sebanyak 10% daripada jumlah simpanan sebagai rezab dan semua lebihan cadangan iaitu 90% daripada jumlah simpanan akan digunakan untuk memberi pinjaman.

Andaikan Bank A memberi pinjaman kepada Ah Hock sebanyak $900 dengan membuka akaun semasa di Bank A. Dari jumlah itu bank perdagangan akan menyimpan sebanyak 10% sebagai rezab tunai dan sebanyak 90% ($810) dapat digunakan untuk member pinjaman. Kunci kira-kira bagi Bank A adalah seperti berikut:

Kunci Kira-kira A (2)

Harta

Liabiliti

Pinjaman (Ah Hock)

$900

Deposit semasa (Ah Hock)

$900


Apabila mencampurkan kunci kira-kira Bank A yang pertama dan kedua, kita memperoleh kunci kira-kira bank A seperti berikut:

Kunci Kira-kira Bank A (3)

Harta

Liabiliti

Wang Tunai

Pinjaman

$1000

$900

Deposit semasa (Ali)

Deposit semasa (Ah Hock)

$1000

$900

$1900

$1900


Sekali lagi andaikan Bank A memberi pinjaman $810 kepada Rami dengan membuka akaun semasa di Bank A. Maka Kunci Kira-kira Bank A menjadi seperti berikut:

Harta

Liabiliti

Wang Tunai

Pinjaman

Pinjaman

$1000

$900

$810

Deposit semasa (Ali)

Deposit semasa (Ah Hock)

Deposit semasa (Rami)

$1000

$900

$810

$2710

$2710


Apabila Rami menyimpan sebanyak $810 dalam Bank A, maka Bank A sekali lagi akan menyimpan sebanyak 10% daripada jumlah $810 sebagai rezab dan lebihan 90% ($729) akan digunakan sebagai pinjaman. Proses in berterusan sehingga tidak ada lebihan rezab tunai di Bank A.

Proses penciptaan kredit oleh satu bank iaitu Bank A dari satu peringkat ke peringkat lain adalah ditunjukkan oleh Jadual dibawah:

Penciptaan kredit oleh Bank A dengan rezab tunai 10%

Peringkat

Deposit baru

Pinjaman

Rezab tunai

1

2

3

4

5

Peringkat-peringkat lain

$1000

$900

$810

$729

$656.1

$5,904.9

$900

$810

$729

$656.1

$590.49

5,314.41

$100

90

81

72.90

65.61

590.49

Jumlah

$10,000

$9,000

$1,000


Jumlah deposit semasa, pinjaman dan rezab tunai yang ada selepas proses penciptaan kredit dapat dihutang dengan menggunakan persamaan berikut:


Jumlah deposit semasa = simpanan semasa awal / rezab tunai

Jumlah pinjaman = pinjaman awal / rezab tunai

Jumlah rezab tunai = rezab tunai awal / rezab tunai


  1. Sistem Banyak Bank

Huraian awal yang mengandaikan bahawa hanya terdapat sebuah bank dalam ekonomi adalah kurang realistik. Realitinya terdapat banyak bank dalam ekonomi dan penyimpan-penyimpan tidak hanya menyimpan dalam sebuah bank tetapi juga menyimpan di bank-bank lain.

Andaikan Ali menyimpan $1000 dalam akaun semasa di Bank A. Dari jumlah ini Bank A akan menyimpan 10% sebagai rezab dan lebihan rezab tunai sebanyak 90% ($900) akan digunakan sebagai pinjaman. Maka kunci kira-kira Bank A adalah seperti berikut.

Kunci kira-kira Bank A

Harta

Liabiliti

Wang Tunai

Pinjaman

$100

$900

Deposit semasa (Ali)

$1000

$1000

$1000


Katakan Bank A memberi pinjaman $900 kepada Ah Hock dan ia menyimpan wang ini dalam akaun semasa di Bank B maka kunci kira-kira Bank B adalah seperti berikut:

Kunci kira-kira Bank B

Harta

Liabiliti

Wang Tunai

$900

Deposit semasa (Ah Hock)

$900


Dari jumlah $900 bank B akan menyimpan 10% ($90) sebagai rezab dan lebihan rezab tunai ($810) akan digunakan untuk memberi pinjaman. Katakan Bank B memberi pinjaman kepada Rami yang menyimpan wang tersebut di Bank C maka kunci kira-kira bagi Bank B dan Bank C adalah seperti berikut:

Kunci kira-kira Bank B

Harta

Liabiliti

Wang Tunai

Pinjaman

$90

$810

Deposit semasa (Ah Hock)

$900

$900

$900


Kunci kira-kira Bank C

Harta

Liabiliti

Wang Tunai

$810

Deposit semasa (Rami)

$810


Bank C akan menyimpan 10% daripada jumlah $810 sebanyak rezab dan lebihan rezab tunai sebanyak 90% ($729) akan digunakan untuk memberi pinjaman. Jika Bank C memberi pinjaman maka kunci kira-kira Bank C menjadi berikut:

Kunci Kira-kira Bank C

Harta

Liabiliti

Wang Tunai

Pinjaman

$81

$729

Deposit semasa (Rami)

$810

$810

$810


Proses in berterusan sehingga tidak ada lebihan rezab tunai dan proses ini dapat diringkaskan seperti berikut:


Penciptaan kredit dalam system banyak bank dengan rezab tunai 10%

Peringkat

Deposit baru

Pinjaman

Rezab tunai

A

B

C

D

E

Jumlah bank-bank lain

$1000

$900

$810

$729

$656.1

$5,904.9

$900

$810

$729

$656.1

$590.49

5,314.41

$100

90

81

72.90

65.61

590.49

Jumlah

$10,000

$9,000

$1,000


No comments:

Post a Comment