Sunday, January 11, 2015

Sessi persekolahan 2015 bermula

Tahun 2015 penting bagi kakak dan acik. Kakak akan menghadapi PT3 dan acik UPSR. Abah doa kan kejayaan kamu.

Kepada angah dan tisya masing-masing tingkatan 2 dan darjah 2, walaupun tiada peperiksaan penting jangan honey moon sangat.

Ingat Allah sentiasa.

Thursday, January 8, 2015

Khutbah 9.1.15 Masjid Tabung Haji KL

Intipati:
1. Selain hubungan dengan Allah, islam mengajar menjaga hubungan dengan manusia
2. Membantu golongan yang susah ditimpa musibah bencana
3. Jangan ambil kesempatan menvari untung atas kesusahan orang lain
4. Bantuan yang termampu

Wednesday, November 20, 2013

Cukai Tersembunyi

Bismillah

1. kadar cukai individu di malaysia ketika ini adalah 25%, walaupun mempunyai 25 juta populasi jumlah pembayar cukai individu di Malaysia hanya 1 juta lebih. Ini bermakna kurang 10% rakyat Negara ini terdiri dari pembayar cukai.

2. Ini dikhabarkan sebagai punca mengapa pendapatan kerajaan berkurangan. Tindakan kerajaan kini adalah mengurangkan subsidi petrol, gula dan sebagainya sebagai langkah meningkat pendapatan. Ini kerana perangai hodoh kerajaan berbelanja boros dan ketirisan seperti dalam laporan audit bukan lah sebenarnya satu masalah, kerana sehingga kini tindakan kerajaan adalah sifar. Tahap dungu dan pekak telinga menteri menjadi semakin membimbangkan.

Sunday, November 17, 2013

Syahadah

1. Bismillah

2. Kita menjadi Islam apabila mengucap dua kalimah syahadah, iaitu kalimah pertama pengakuan bahawa tiada tuhan yang disembah melain Allah dan kalimah kedua mengakui Nabi Muhammad saw adalah rasul Allah.

Sunday, May 5, 2013

Prestasi PRU13

Barisan Nasional


1. BN kembali berkuasa, walaupun dengan majoriti yang menurun.


2. Malah prestasi BN pada PRU13 lebih buruk daripada PRU12