Sunday, May 5, 2013

Prestasi PRU13

Barisan Nasional


1. BN kembali berkuasa, walaupun dengan majoriti yang menurun.


2. Malah prestasi BN pada PRU13 lebih buruk daripada PRU12



3. Mantan PM, Tun Mahathir dalam satu kenyataan suatu masa dulu pernah memberi amaran DS Najib memberi laluan kepada timbalannya TS Muhyiddin Yassin sekiranya prestasi DS Najib lebih teruk dari prestasi T Abdullah pada PRU12 (2008).


4. Undi popular BN juga jatuh merudum


5. DS Najib perlu keluar dari pengaruh isteri untuk mengembalikan keyakinan rakyat


6. DS Najib jelas tidak diterima oleh masyarakat Cina di Malaysia


7. Jika DS Najib meletakkan Cina sebagai menteri kabinet ini akan menaikkan kemarahan masyarakat Melayu


8. Tetapi jika DS Najib tidak mengambil kira orang Cina dalam pentabirannya akan makin menjauhkan masyarakat Cina dari UMNO


9. DS Najib kenalah jadi gentleman untuk turun takhta dan serah pada Timbalannya


Pakatan Rakyat


1. Masyarakat Melayu jelas sebahagian besar menolak DS Anwar


2. Hanya masyarakat Cina menyokong penuh beliau


3. Walaupun undi popular PR meningkat melantun-lantun, seperti pasukan bolasepak jika pasukan tersebut penuh dengan pemain bertaraf bintang tetapi jika tidak dapat menjaringkan gol dan tewas tiada gunanya.


4. Masyarakat Melayu juga menolak PAS dan DAP


5. DS Anwar kena ambil tanggungjawab turun dari ketua pembangkang dari serah pada wakil DAP


Kesimpulan


1. Kedua-dua pemimpin DS Najib mahupun DS Anwar kena turun takhta dan serahkan kepada pemimpin lain untuk membawa ruh dan jiwa baru dalam parti


Allahualam

No comments:

Post a Comment