Wednesday, November 20, 2013

Cukai Tersembunyi

Bismillah

1. kadar cukai individu di malaysia ketika ini adalah 25%, walaupun mempunyai 25 juta populasi jumlah pembayar cukai individu di Malaysia hanya 1 juta lebih. Ini bermakna kurang 10% rakyat Negara ini terdiri dari pembayar cukai.

2. Ini dikhabarkan sebagai punca mengapa pendapatan kerajaan berkurangan. Tindakan kerajaan kini adalah mengurangkan subsidi petrol, gula dan sebagainya sebagai langkah meningkat pendapatan. Ini kerana perangai hodoh kerajaan berbelanja boros dan ketirisan seperti dalam laporan audit bukan lah sebenarnya satu masalah, kerana sehingga kini tindakan kerajaan adalah sifar. Tahap dungu dan pekak telinga menteri menjadi semakin membimbangkan.

3. Rakyat makin tertekan kerana kenaikan harga barangan keperluan harian naik mengikut  kenaikan harga bahan api yang telah dikurangkan subsidinya, walaupun kenaikan pendapatan peribadi rakyat tidak seimbang atau naik setinggi kenaikan harga barangan.

4. Namun ada satu lagi jenis cukai kerajaan yang dikenakan kepada semua rakyat tidak terkecuali satu orang pun iaitu INFLASI. Setiap rakyat Malaysia terpaksa menanggung membayar cukai ini sama rata walaupun pendapatan setiap individu tidaklah sama. Cukai ini sangat tersembunyi dan sukar dikesan malah jika boleh tidak di war-war kepada masyarakat. Cukai ini sangat merbahaya seperti penyakit kanser dan boleh membunuh.

5. INFLASI menyebabkan nilai wang kertas kita susut. Di Amerika pada tahun 2013, anda  perlu membayar $23.47 dolar bagi nilai $1 dolar barang pada tahun 1913. Nilai dolar Amerika susut lebih 2000% sejak 1913. Bagaimana pula dengan Malaysia? pada tahun 1980an dengan 5 sen anda dapat membeli 3 biji gula-gula, berbanding pada tahun 2013, 3 biji gula-gula berharga 30 sen. Kenaikan 500% sejak 1980. Walaupun bentuk, saiz dan rupa gula-gula tersebut tetap sama pada tahun 80an ataupun sekarang.

6. Rakyat menanggung beban ini kesemuanya tidak kira miskin atau kaya, tua atau muda, perempuan ataupun lelaki, sebarannya sama sahaja. Penyusutan nilai wang berlaku apabila kerajaan mencetak wang baru dan melambakkannya dalam pasaran sebagai tambahan wang sedia ada dipasaran. Keadaan menjadi lebih parah apabila wang baru dipasaran bertambah dari lambakan wang kredit yang dicipta/dihasilkan oleh pihak bank.

7. Dalam pasaran kewangan di Malaysia pada 2011 wang kredit berjumlah RM1.24 trilion, manakala wang fizikal kertas dalam pasaran hanya RM53.49 bilion. Perbezaan RM1.19 trillion adalah gambaran wang kredit yang dihasilkan oleh Bank-bank komersil di Malaysia. Walaubagaimanapun penawaran kuantiti barang and perkhidmatan tetap sama atau peningkatan yang amat sedikit, berbanding pertambahan jumlah wang kredit dalam pasaran secara exponential/berganda. Analogi mudah bagi memahami mekanisma adalah 3 biji gula-gula pada tahun 1980 berharga 5 sen, manakala 3 biji gula-gula pada tahun 2013 adalah 30 sen. Harga gula meningkat walaupun kuantitinya kekal sama.

8. Kuasa membeli setiap individu berkurang disebabkan inflasi yang menghakis nilai matawang negara.

9. Cukai tersembunyi ini harus di hapuskan bagi menghapuskan ketidakadilan dalam masyarakat Negara ini. Akibat dari ini penyakit sosial dalam masyarakat berleluasa. Pembunuhan sana sini akibat tekanan kewangan yang maha berat.

Allahualam

Rujukan:
1. Ron Paul, Federal Reserve Steals From The Poor And Gives To The Rich, Texas Straight Talk, The Free Foundation Blog, 19 November 2013.
2. Ahamed Kameel Mydin Meera, Fiat Money and Economic Degradation of the Malays, www.ahamedkameel.com, 21 July 2013.

No comments:

Post a Comment