Sebenarnya ramai antara kita boleh mengagak kemungkinan konvoi flotila tentu akan di serang israel.
Keangkuhan mereka memang telah terbukti sejak sekian lama.
Quran yang di turunkan kepada nabi junjungan kita lebih 1400 tahun dahulu juga banyak menceritakan keangkuhan Yahudi ini.
Al Baqarah ayat 67 - 71, maksudnya
"Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)".
"Mereka berkata pula: "Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya di terangkanNya kepada kami bagaiman (sifat-sifat) lembu itu?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang di perintahkan kepada kamu melakukannya".
Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami apa warnanya?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya".
Mereka berkata lagi: "Pohonlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu? Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya), dan kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu")"
Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya". Mereka berkata: "Sekarang barulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar". Maka mereka pun menyembelih lembu tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.
Begitulah angkuhnya bangsa Yahudi ini.
Sehingga dengan Tuhan pun di soalnya itu dan ini.
Sejak semalam 31 May 2010 hingga kini 1 June 2010, banyak alasan yang dikemukakan oleh bangsa Yahudi ini, memberi alasan itu dan ini atas dasar mempertahankan diri yang tidak masuk akal sama sekali.
Di mana letaknya maruah bangsa ini, berhadapan dengan orang yang tidak bersenjata (kalau adapun pisau dapur untuk memasak atas kapal), diserang sebegitu rupa. Tentera mereka lengkap bersenjata dengan kapal perang, bot yang lengkap bersenjata automatik, helikopter yang berlegar-legar di udara. Ini bukan caranya untuk berlawan secara gentleman.
Bangsa Yahudi ini takut kan bayang-bayang mereka sendiri, mereka takut di serang kerana mereka menyerang bangsa lain dengan cara yang tidak berperikemanusiaan. Kerana itu mereka takut kerana kali ini kalau mereka di serang musuh mereka tidak akan berlembut lagi.
Bangun lah wahai umat ISLAM, masanya telah tiba .....
No comments:
Post a Comment