Wednesday, April 10, 2013

Ralat: Bukan Perbankan Islam

1. Artikel saya pada 7 March 2013 bertajuk “Bila lagi ulama nak haramkan perbankan islam”, mungkin ada khilaf atas kelemahan diri saya sendiri.


2. Bukan maksud saya perbankan islam itu haram. Perbankan islam adalah terbaik yang dikehendaki oleh umat islam mengikut landas shariah sebenar. Namun begitu praktis perbankan islam masa kini masih belum lagi sampai ke tahap seratus peratus mengikut shariah islam yang sebenar.


3. Maksud sebenar adalah ulama harus mengharamkan sistem rizab pecahan (fractional reserve system) daripada diguna pakai sebagai asas perbankan islam. Ini kerana sistem tersebut jelas haram kerana ia mewajibkan bank mencipta wang kredit dan tidak mengekalkan seratus peratus wang deposit pelanggan-pelanggannya.


4. Sistem rizab pecahan, membolehkan bank mencipta wang kredit dari atas angin. Sistem ini juga membolehkan pihak bank menggunakan sebahagian besar wang pendeposit di beri pinjaman kepada pihak lain tanpa izin pendeposit.


5. Wang kredit yang dihasilkan oleh pihak bank juga merupakan sebahagian dari wang yang berkitar didalam sistem ekonomi. Malah wang ini mewakili jumlah wang terbesar dalam sistem ekonomi. Ia menyebabkan inflasi, ia menghakis nilai wang yang berada di tangan anda hari ini, bagi pertambahan wang tersebut dimasa hadapan. Ia menyebabkan barangan yang sama pada kualiti yang sama juga bentuk dan saiz yang sama tapi meningkat nilainya setiap tahun. Ini mengurangkan kuasa beli pengguna dan mencetus inflasi.


6. Manakala bagi wang pendeposit, melalui sistem tersebut bank boleh menggunakan wang pendeposit untuk memberi pinjaman bagi tujuan pembiayaan. Ia akan menjadi masalah jika berlaku ‘bank run’ dan kesannya pendeposit tidak akan mendapat keseluruhan wang deposit mereka. Walaupun PIDM memberi perlindungan insuran kepada pendeposit, namun ia bagi simpanan melebihi RM50,000 PIDM tidak memberi perlindungan kepada semua jumlah simpanan tersebut.


7. Keduanya, ulama harus menguatkuasakan wang yang dikeluarkan oleh BNM bagi pihak kerajaan untuk perbankan islam wajib di dukung nilainya oleh aset sebenar sepenuhnya (100%). Tanpa dukungan aset sebenar yang mempunyai nilai, wang kertas menjadi tidak berharga jika hiper inflasi berlaku. Cuba google hiper inflasi yang berlaku di Zimbabwe, wang kertas negara tersebut turut menjadi kertas tandas tidak bernilai lagi.


8. Wang fizikal masa kini tidak lagi didukung oleh sebarang aset bernilai. Ianya menjadi halal dari segi undang-undang melalui amalan sistem fiat.


9. Sistem rizab pecahan dan wang fizikal tanpa dukungan, sebenarnya punca masalah kewangan dunia masa kini, ia juga menjadi punca tragedi kenapa perbankan islam masih tidak islam sepenuhnya.


10. Sistem-sistem ini harus diharamkan secepat mungkin oleh cendikiawan islam dan alim ulama.


Allahualam.

No comments:

Post a Comment