Friday, November 30, 2012

Negara Pemerhati Bukan Ahli ?????

1. Negara pemerhati bukan ahli? Apa tu... mamak cashier tanya mamak pelayan. Masa tu aku tengah baguihhh pekena capati 2 keping. Sebenarnya, aku pun tak paham.. Huaaaaaaaa...

2. Balik rumah aku terus check internet... Ni dia ..maknanya.. Ia membolehkan palestin menyertai beberapa agensi PBB, serta Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Seterusnya laporan menyebut ia merupakan kekalahan diplomatik bagi Amerika. Status baru tersebut merupakan pengiktirafan tidak langsung tuntutan Palestin terhadap kenegaraan di Tebing Barat, Timur Baitul Muqaddis Timur dan Semenanjung Gaza. 138 negara menyokong, 9 menentang dan 41 berkecuali.

Thursday, November 29, 2012

Wang, Hiburan dan Wanita - Fitnah Dajal Terbesar

1. Fitnah terbesar dajal atas umat manusia hari ini diantaranya melalui sistem kewangan, hiburan dan wanita

2. Sistem kewangan masa kini dicipta khas untuk membolehkan dajal menguasai dunia. Kapitalis atau golongan pemodal menguasai sistem tersebut. Kapitalis ini terdiri dari agen-agen dajal yang berada dan bergerak di seluruh pelosok dunia dan ia amat sukar dikenali.

Wednesday, November 28, 2012

Palestine - apa yang lebih utama

1. Menderma untuk membantu rakyat Palestin adalah tuntutan agama Islam, iaitu membantu saudara seagama dalam kesusahan. Tetapi adakah itu sahaja tuntutannya.

2. Perumpamaan seorang yang miskin, kita berikan bantuan wang zakat atau kita berikan pekerjaan. Atau seorang buta kita pimpin atau berikan ia tongkat.

Tuesday, November 27, 2012

Road to jurusalem - the framework

1. Alquran dan hadis banyak menceritakan kisah akhir zaman

2. Selepas kedatagan islam dikatakan baitulmaqdis akan jatuh ketangan musuh Islam tiga (3) kali, yang mana selepas kali ketiga Islam akan menguasainya semula, kemudian selepas itu terjadilah kiamat.

Thursday, November 22, 2012

Baitulmaqdis Kunci Pembebasan Palestin

19 November 2012 sekali lagi bumi palestin bermandi darah. Operasi Pillar of Defense merupakan helah terbaru zionist Israel untuk menghalalkan pembunuhan nyawa rakyat Palestin. Umat Islam sudah putus akal tentang isu palestin ini, kerana ia sudah berlarutan lebih 60 tahun, namun tiada lansung penyelesaian yang muktamad. Ia adalah tragedi kemanusian, tidak kira kanak-kanak, wanita mahupun orang tua semuanya menjadi mangsa brutaliti bangsa zionist Israel.

Tuesday, July 26, 2011

Community Currencies: The Story of Banco Palmas in Brazil

http://www.lietaer.com/






The story of Banco Palmas in Brazil is a great example of how local currencies can stimulate the local economy. With the help of NGOs, people in Palmeiras, an impoverished district in Fortaleza, Ceara, Brazil organized and set up a community credit bank. The currency of this bank is called Palma and it is in this currency that inhabitants there sell, buy and stimulate the local economy. 1,200 new jobs have been created with a lot of dignity.

Comment: I wonder if Kelantan could do this would be nicer :)

Thursday, November 4, 2010

Perbankan Islam di Malaysia Masih Belum Sepenuhnya Islam

Keseluruhan ekonomi sesebuah Negara digerakkan dengan wang. Tanpa wang maka tiada transaksi ekonomi yang akan berlaku.

Wang yang beredar di dalam sistem ekonomi adalah terdiri daripada wang sah (fiat) dan wang kredit.

Kedua-dua jenis wang ini terhasil melalui sistem fiat dan sistem rezab sebahagian (fractional reserve system - FRS).